Flower-flower kiterr

Ahad

Baucer Buku RM250..

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Tahun ini adalah tahun kedua aku berpeluang dapat baucer buku yang pihak kerajaan bagi untuk pelajar2 IPTA/IPTS..Alhamdulillah..rezeki pilihan raya la katakan..tapi bilalah nak pilihan raya ni..cepatlah selesai..malas dah nak tengok kat siaran tv tu..politik sana-sini..yang ni kutuk sini,yang tu kutuk sana..astaghfirullahalazim..

Hah..ni kisah bagaimana aku menghabiskan baucer yang aku dapat 2 minggu lepas..

Sebenarnya kami yang student2 ni dah memang lama dok tunggu baucer buku..kononnya nak beli stationary2 yang dah mula susut..lepas2 dapat tahu je yang baucer akan diberi di Dewan Semarak (UiTM Arau)..kami siap diberi jadual lagi..hari selasa student part 1-3..hari rabu student part 4-6(aku la tu)..waktunya dari pukul 8pg-4 ptg..aduhaiii..mengeluh juga la aku waktu tu..apa taknya..kelas padat la hari tu..macam mana ni..esok(khamis) nak balik dah..tapi stail aku memang jenis slumber je walaupun time tengah serabut..sebabnya aku malas nak fikir banyak2..dalam fikiran aku,kalau rezeki ada,sempat la aku ambil hari ni..kalau tak lambil lepas naik cuti la jawabnya..tapiiii..rezeki aku dapat juga ambil pada hari yang ditetapkan..Alhamdulillah...

Dalam otak aku dah terfikirkan buku2 yang bakal aku borong dengan gunakan baucer ni..target MPH or POPULAR..tapi akhirnya dua2 tempat ni aku shopping..hari sabtu minggu aku balik tu .aku dah borong buku2 hampir RM200..perghh,kejap je kan..banyak juga la yang aku dapat beli..tapi yang penting aku dapat belikan untuk mak Al-Quran terjemahan yang dah lama dia nak..berfaedah juga kan..kebetulan esoknya hari lahir mak..so kira macam hadiah besday la tu kan mak..(^_^)..Hepi Besday Mak..

Baucer ada syarat terbaru kali ni..kita hanya dibenarkan guna baucer untuk 80% buku dan hanya 20% untuk stationary..kecewa juga la kami2 ni..ada juga sesetengah student yang membebel bila diberitahu syarat2 tu..aku..ermm..tak kisah la..apa yang penting aku dapat BUKU..aku dah hampir nak buat library dah buku2 yang ada kat rumah tu..puas hati aku bila aku dapat buat koleksi buku..ilmu tu kan..(^_^)..dan aku pergi MPH kat MidValley tu tu shopping buku lagi..suka betul aku bila hidup dikelilingi buku2 ni..rasa nak menetap je kat kedai buku tu..berjam2 pun tak apa..kenyang dengan buku..

Dan akhirnya dalam masa dua hari aku berjaya mnghabiskan baucer yang diberi dengan jayanya..harap2 tahun depan dapat lagi la hendaknya..boleh aku tambah koleksi2 buku yang dah sedia banyak tu..

*p/s: Abah dan mak geleng kepala je bila tengok buku2 akan semakin bertambah setiap kali aku balik..maaf la..dah hobi semulajadi kak Long..hehehe..peace..(^_^)





Tiada ulasan: