Flower-flower kiterr

Selasa

Kelebihan Membaca Al-Mathurat

Assalamualaikum Warahmatullahibarakatuh...

Baiklah,hari ni aku tergerak untuk menceritakan serba-sedikit kelebihan membaca Al-Mathurat..sebenarnya dulu aku tak tahu sangat pun untuk apa kita baca Al-Mathurat tu..cuma adalah sewaktu sekolah menengah di Teknik dulu setiap kali lepas subuh seringkali aku terdengar suara preseiden Badar baca surah ni..dah jadi macam rutin..tapi sejujurnya aku tak berapa nak ambil kisah..sehinggalah aku aktif dalam usrah di Universiti..kakak Naqibah aku yang menghadiahkan setiap seorang dari ahli kumpulan kami sebuah buku kecil yang berwarna hijau..siap prepare buku catatan kecil untuk kami tandakan bila kami baca..pada mula aku terfikir.."isk..malasnya..bila masa pula la aku nak baca benda alah ni.."..tapi dah orang bagi..ambil je la..agak lama la juga Al-Mathurat tu aku selitkan dalam Al-Quran kecil aku..belum ada keinginan lagi nak menjenguk isinya..tapi entah macam mana suatu hari aku dapat hidayah nak menjenguk isi-isi yang tertulis dalam buku kecil tu.."ermm,baik aku cuba baca Al-Mathurat ni..ayat-ayatnya pun yang biasa aku baca..simple je ni.."sejak saat tu aku cuba seboleh mungkin untuk istiqomah baca pada waktu selepas Subuh dan Asar..lama-kelamaan bacaan aku semakin lancar berbanding pada waktu awal-awal dulu..rasa seperti ada yang kurang jika tak baca dalam 1 hari..but seriously it's not easy..dengan iman yang sentiasa turun naik..sehingga kini aku masih belajar untuk menjadikan ianya rutin..InsyaAllah..aku akan cuba untuk jadi lebih baik..sebab petunjuk dan hidayah ni milik Allah..

surah Al-isra' ayat 97:
" Dan barang siapa diberikan petunjuk oleh Allah,dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan penolong-penolongnya selain Dia................"

Kelebihan baca Al-Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Semoga bermanfaat...(^_^)

Tiada ulasan: