Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...
First of all,aku nak minta maaf la sebab dah agak lama aku tak post sebarang entry baru..punca2nya disebabkan terlalu busy dan terlalu malas nak menaip keyboard labtop aku ni..huhuhu..selalunya aku skodeng2 je blog ni..seru nak menulis tu belum sampai lagi kot..tapii..Alhamdulillah..hari ni seru dah sampai..hahaha..aku cadang nk buat entry tentang kenangan aku ketika berada di UMS bulan lepas..tapi macam cepat sangat je kan..apa kata kita buat step by step..
The first thing sebelum kami bergerak ke negeri Sabah Di Bawah Bayu..kami mesti la berkumpul di UiTM dulu..disebabkan kami berada di Perlis..kami perlu melalui 2x flight..from Arau-Penang Airport-KLIA-KK..wahh..punya la exited rasanya before kami bergerak tu...ye la..kebanyakkan dari kami first time naik flight..lebih-lebih lagi aku..masa tu barulah terasa bertuahnya join ROTU ni..macam2 tempat aku dapat pergi..free pula tu..siapa nak bagi kan..bak kata mak aku.."round the world Along ni ye"..
Bila difikir-fikirkan balik..kiranya rezeki batch aku la..dah kena tibai teruk-teruk dari dulu..kira berbaloi juga la dapat pergi Sabah kali ni..yang paling penting before naik flight telefon mak..turun flight telefon mak..dah sampai Sabah telefon mak..dah sampai UMS telefon mak..macam kelakar pun ada..tapi aku seronok berkongsi cerita setiap langkah aku..mak pun layan je la..dalam hati dah berazam nak bawa mak datang Sabah 1 hari nanti..serius bestt..
Sebelum naik flight lagi aku dah berdoa banyak2 minta2 la aku dapat duduk tepi tingkap..sebabnya aku teringin sangat nak tengok permandangan ciptaan Allah ni dari atas..dah tamat segala proses pelepasan yang bagi aku agak melecehkan..dan bermacam masalah yang dilalui..sebabnya ada separuh dari kami tersangkut di dua tempat yang berlainan disebabkan kesilapan ejen yang handle tiket penerbangan kami..ada yang tersangkut di penang airport dan ada yang tersangkut di KLIA..pening juga la kapten masa tu..aku pun kesian tengok..tapi nak buat macam mana..mana yang dapat teruskan perjalanan kami teruskan..hanya 21 orang dari kami yang berjaya terbang ke KK terus..8 orang terkandas di KLIA dan selebihnya langsung tak dapat bergerak..nasib baik aku diantara yang selamat ke KK terus..dari apa yang kami diberitahu mereka yang terkandas di KLIA akan bergerak lewat beberapa jam dari kami (penerbangan malam) dan terpaksa naik Air Asia..walaupun sepatutnya kami naik MAS..tak kisah la..apa yang penting kami semua selamat sampai ke destinasi..dan setelah hampir sejam menanti...akhirnya aku masuk dalam badan flight..owhhh..rupa2 tak la besar mana sangat dalam flight ni ye..serius..selesa lagi dalam train yang biasa aku naik tu..mahal je lebih..iskk3..banyak komen pulak aku ni..naik je la..benda free kan..dan jalan punya jalan..akhirnya aku jumpa seat aku iaitu tepi tingkap..wuarghh..hepi giler aku masa tu..tersenyum-senyum aku duduk seat yang dah dikhaskan untuk aku..before flight berlepas kami diajar beberapa langkah-langkah keselamatan oleh kakak-kakak pramugari yang comel-comel belaka..hihihihi..
Dan akhirnya..pesawat yang aku naik pun mula berlepas..aku yang duduk betul-betul dekat dengan bahagian sayap pesawat nampak dengan mata kepala sendiri bagaimana sayap kapal tu berfungsi..terus teringatkan persoalan aku kepada roomate aku beberapa minggu sebelum tu.."apa guna sayap kapal terbang tu ye..bukan boleh mengepak macam burung pun..keras macam tu je.." tapi lagi la pelik kalau kapal terbang ada badannya je kan..nampak buruk la pula.."huhuhuhu..soalan merepek betul aku ni..dan sekarang aku dah tahu function sayap kapal terbang..serius memang aku tak tidur langsung dalam flight sedangkan kebiasaannya aku ni pantang duduk dalam apa jenis kenderaan pun..tidur ada perkara wajib aku..sampaikan itulah jadi punca aku tak pernah nak ingat mana-mana jalan yang aku pernah pergi walaupun dah berpuluh kali aku jejak kat tempat tu..janganlah tanya aku tentang arah tuju ke mana-mana tempat..memang aku tak tahu langsung..dan yang penting..makanan dalam flight pun not bad la..masa tu aku makan nasi beriani..panas-panas pula tu..terfikir juga aku..bila masa kakak-kakak yang cun-cun ni memasak..takkan la ada dapur dalam flight ni kot..mustahil...hahahaha..apa da..rupa-rupanya semua ni katering daa...tu pun aku perasan ada lori trailer Berahim Katering lalu depan mata aku masa tengah menunggu waktu pelepasan sebelum bergerak waktu flight kedua aku kat KLIA..
Kat dalam flight..kerja aku ambil gambar je..mentang-mentang la kamera kat tangan aku..tuan punya kamera pun antara yang terkandas..jadinya dia minta aku pegang dahulu kameranya..suruh tangkap gambar banyak-banyak..aku pula memang suka snap pic..jadinya tak ada masalah untuk aku..(^_^).. terkedu aku bila tengok permandangan cipataan Allah dari atas ni..tak putus-putus aku mengucap syukur di atas kurniaan Allah ni..serius cantik sangat-sangat permandangan yang ada depan mata aku..dengan awannya yang macam gula-gula kapas..rasa macam nak pegang je..nak bawa balik tunjuk dengan mak..hahahah..merepek je..mustahil tu..macam tak percaya pun ada..dan tiba-tiba boleh pula teringat cerita jack & kacang ajaib..agak-agak ada gergasi tak atas awan tu..hihihihi...otak kartun betul aku ni kan..
45 minit perjalanan dari penang ke KLIA dan 2 jam perjalanan dari KLIA ke KK betul-betul menyeronokkan..walaupun aku tak berapa nak faham tentang kawan aku yang sorang ni asyik termuntah je tiap kali turun dari flight..dan yang paling kelakarnya dia yang biasanya tak pernah diam dan boleh dikatakan banyak cakap automatik jadi pendiam bila dalam flight..punya la tergelak aku dengan sikap dia..memang kena perli kaw-kaw la dengan aku yang sememangnya suka mengusik orang ni..pucat lesi muka dia tiap kali turun dari flight..kesian pun ada..
Sampai je kat Airport KK kami perlu melepasi pihak imigresen untuk ambil boder pas dahulu..kemudian kami bergerak ke pintu keluar Airport dan dah ada beberapa orang pegawai kadet dan YO dari UMS dah menanti kedatangan kami dengan beberapa biji bas dari UMS dan UiTM..dan baru aku tahu kat Sabah pun ada UiTM..Alhamdulillah..mudah untuk kami bergerak kemana-mana..lebih kurang 30 minit perjalanan kami dari Airport ke UMS dengan menaiki bas..dalam hati seakan-akan tak percaya je akhirnya aku berada di Sabah..bila telefon mak..mak pun cakap.."Alhamdulillah..sampai juga kau ke Sabah.."hehehe..terasa bertuah sangat-sangat..setiap kejadian ada hikmahnya..kalau aku tak join Rotu rasanya agak mustahil untuk aku rasa segembira ini..ye la..segala perih jerih dan bermacam kepayahan yang kami lalui sepanjang 3 tahun ni..berbalas juga..Alhamdulillah...