Flower-flower kiterr

Isnin

Jihad bermula

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh


Hari terakhir bercuti sebelum mula sibuk dengan pelbagai jenis test,kuiz,assingment,presentation dan sebagainya..kadang2 sampai ke satu tahap,aku lebih rela lagi berlari or buat apa2 yang lebih menggunakan tenaga..sebabnya tekanan tu takda la terasa sangat bila dibandingkan dengan penggunaan otak berhari2 ni..apa2 pun sabar itu penting..mencari ilmu ni bukannya mudah..salah satu jihad juga..apa..ingat jihad tu untuk mereka yang berjuang mengangkat senjata sahaja ke??

Dalam kesibukkan ala-ala Perdana Menteri aku ni..seringkali juga aku mengeluh walaupun aku tahu banyak kelebihan dan suruhan dalam menuntut ilmu ni..bahkan ada diantara sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”

Hadis Abi Zarr RA katanya ertinya: “Setiap permulaan daripada orang yang mengajar ilmunya itu terlebih afdhal daripada sembahyang seribu rakaat dan mengunjungi seribu orang sakit dan menghantar seribu jenazah kemudian ditanya Rasulullah: Adakah ia terlebih afdhal daripada membaca Al-Quran dijawabnya : “Tidak manfaat membaca Al-Quran itu tanpa ilmu.” 

Dan Abu Darda’ juga telah berkata: “Demi Tuhanku bahawasanya aku belajar sesuatu ilmu terlebih kasih bagiku daripada beribadat setiap malam (qiamullail).


Subahanallah..banyak sangat kelebihan menuntut ilmu ni sebenarnya..terlalu banyak yang kita tak tahu..bila sebut je pasal jihad..boleh dikatakan hampir semua dari kita2 ni berebut nak ikut tersenarai dalam calon para syuhada kan..sebab utamanya boleh booking tiket terus ke syurga..tapi cuba kita muhasabah diri balik..sedangkan nak jihad fisabilillah mencari ilmu tu pun boleh diragui keikhlasan hatinya apatah lagi untuk berjuang dalam jihad2 yang lebih besar..

Ilmu yang kita nak belajar tu susah la..macam mana??

Sedarlah..Allah takkan tergamak nak bagi kita ujian yang melebihi batas kemampuan kita..sebab Allah lebih mengetahui kekurangan dan kelebihan kita bahkan tak mustahil jika dikatakan Allah lebih tahu tentang diri kita daripada kita diri kita sendiri..kadang2 kita sendiri tak tahu apa kelebihan dan kekurangan kita betul tak??..tapi Allah Maha Mengetahui..setiap kali kita diuji..itu bermakna Allah ambil berat pasal kita..Allah sayang kita..

Percayalah walau sesukar mana pun ilmu tu..cuba yakinkan diri bahawa ianya satu ujian Allah untuk kita..ikhlaskan hati..insyaAllah..semuanya ada hikmah di sebaliknya..(^_^)




Tiada ulasan: