Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Kini, setelah dua tahun berlalu..jeng,jeng,jeng..aku telah selamat bergelar seorang isteri kepada En.Adam bin Abu Zah..tak sangka wehh..serius..lelaki yang aku kenal hanya sebagai kawan melalui telefon sejak 10 tahun lepas akhirnya sudi menjadinya aku suri hidupnya..alhamdulilah..alhamdulillah..meh nak kongsi kisah kami..
Aku menamatkan zaman anak dara aku ketika berusia 23 tahun..hubby ketika ini berusia 26 tahun..usia yang orang kata sesuai sangat untuk berumahtangga..proses kami mudah sangat..alhamdulillah..kata orang kalau kita percepatkan perkara baik..insyaAllah..pertolongan dari Allah itu akan datang dengan tidak disangka-sangka..percaya tak??
iyaaa..betulll..ok..kenapa aku rasa mudah..sebab....
Aku memang tidak pernah bertemu dengan hubby sebelum kami decide untuk lebih serius..serius kami bukan dimulakan dengan couple2 macam budak2 sekarang..nak serius kena couple..no..no..no..kami langsung tidak berminat ke arah itu..maksud serius kami adalah PERNIKAHAN..serius yang menghalalkan kami..dengan aku yang bersifat pemalu tahap petala ketujuh..dan suami pun sama pemalu (tak teruk macam aku) memang menyukarkan komunikasi antara kami berdua..and then..macam mana korang boleh nak kahwin pulak??pelik kan??
Al-kisah...
Dia pernah beberapa kali memberi soalan cepumas kepada aku..soal hati dan perasaan..aku abaikan sebab aku fikir dia main-main..itu sejak aku berusia 18 tahun macam tu la..selepas beberapa kali soalan ditanya..aku abaikan juga..aku hanya fikir ingin berkawan..jarak jauh yang memisahkan kami membuatkan aku kurang kepercayaan kepada dia..
Usia aku 20 tahun..aku join kursus kahwin anjuran UITM Perlis..suka-suka sahaja sebenarnya..dan aku pun suka2 la sms dia (zaman ni kami masih bersms)
"kau betul ke suka kat aku?"
"aah la..takkan aku nak main2 pula perkara macam ni" balas dia..kami gamble je guna aku kau..lebih selesa..
"ok..kalau macam tu kau jumpa wali aku..kita halalkan."..lama tu tunggu reply dia..maybe terkejut kot..macam durian runtuh..
"hah..?? biar betul..serius ni?"
"aku takkan ulang..!!" perghh aku memang kerek..malu punya pasal..
"ok2..nanti aku bagitau family aku.."
Whatttt..alamak..dia betul-betul ke ni??fikir aku waktu tu..ketar kepala lutut wehh..serius aku cakap..dari apa yang aku dengar..selepas dapat green light dari aku terus berdesupp dia balik Melaka dari Kuantan petang itu juga..hohoho..punya la tak menyempat..
Beberapa bulan selepas itu, rombongan merisik pun berlaku..terus dengan bertunang pada hujung tahun 2014 dan akhirnya pada 26 September 2015..terikatlah ikatan suami isteri kami..sangat pantas..kurang dari setahun..aku pun baru dapat kerja sebagai guru di sebuah Sekolah Menengah Cina Persendirian awal tahun 2015..macam mana aku boleh dapat..ntah..rezeki nak kahwin kata orang..jadi tak susah sangatlah aku nak simpan duit kahwin..hihi..sepanjang pertunangan pun kami tidak pernah berjumpa berdua..dia hanya datang menjenguk ke rumah aku beberapa kali sahaja..itu pun kami tidak berbual-bual..sifat malu aku tidak membenarkan..dia hanya datang berborak dengan abah dan emak sahaja..itu aku respect..dia sangat memahami aku..
Perjanjian kami setahun tunang..tapi entah kenapa abah minta dipercepatkan tarikh nikah andai kami sudah bersedia..kami pun tak ada masalah..sedia tak sedia tetap kena hadapinya juga..kata orang kita tidak akan bersedia sampai bila-bila selagi kita tidak menghadapinya..ok fine..kami ikut kata orang tua..nikah bulan 9..kami nikah gantung..bulan 12 baru buat kenduri di kedua-dua belah pihak..tak kisah la..yang penting nikah kan..alhamdulillah..selesai sudah..
Abah menjadi wali |
muka tiada perasaan dan diapit kawan2 sejak kecil |
alhamdulillah..dialah syurga aku.. |
Sentuhan pertama antara kami..mengigil tangan aku bila sentuh tangan dia yang sejuk tu.. |
Kami bercinta selepas kahwin..mula-mula tak yakin..tapi melihatkan dia jaga solat, hormat ibunya menguatkan lagi hati aku bahawa pilihan aku adalah tepat..kata orang nak cari suami..kita tengok sikap dia ketika melayan ibunya..begitulah dia akan layan isterinya..insyaAllah..ketika hati aku berbolak-balik..dia sering bagi aku semangat..katanya kalau aku boleh,dia juga akan berusaha untuk pertahankan masjid yang kami bina..dia sangatlah penyabar dengan kerenah aku..serius aku tidak akan jumpa orang sesabar dia..memang impian aku hendakkan suami penyabar..sehingga kini hampir dua tahun kami jadi suami isteri..tidak pernah sekali pun dia meninggi suara atau marahkan aku..Allah dah makbulkan doa aku..syukur alhamdulillah..
ok la..aku nak pause sekejap..nanti aku sambung lagi dengan kisah kami ye..doakan perkahwinan yang kami bina kekal hingga ke syurga ya..