Flower-flower kiterr

Selasa

My ROTU life..(1)

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....


Alhamdulillah aku masih terus diberi peluang untuk terus bernafas di bumi Allah ini..dan insyaAllah selagi mampu akan aku postkan entry2 berkenaan kehidupan aku..mana2 yang boleh dijadikan ikhtibar tu ambil la ye..tapi yang tak elok tu janganlah diikut ye...jadikan sempadan..(^_^)

Sejak semalam hati aku tergerak untuk menceritakan serba sedikit kehidupan ala tentera aku ni..ye la..bulan 7 ni dah nak "bersara"..semakin hari perasaan aku semakin bercampur baur..gembira,bangga,sedih,takut,kecewa..semuanya cukup sebati rasanya..kenapa??wuallahualam..yang pasti aku gembira sebab lepas ni aku dah bebas dari kehidupan seorang kadet..hampir 3 tahun hidup aku terasa terikat(walaupun aku sendiri yang cari)..aku rasa bangga sebab aku sendiri tak sangka yang aku mampu bertahan selama ini..ikutkan tak pernah terlintas langsung dalam fikiran aku untuk menceburkan diri dalam dunia tentera ni..tapi takdir Allah melebihi segala-galanya..aku redha sejak awal penglibatan lagi..kena belasah pun layan jerrr...nak report kat parents pun mereka boleh sekadar mendengar je keluh kesah aku bila kadang2 aku mengadu sebab terasa penat sangat..

aku paling ingat ayat mak....
"dah kamu yang pilih jalan ni..mak dengan abah tak menghalang segala keputusan yang kamu buat..kamu yang rasa sakitnya..kalau kamu nak tarik diri pun kami tak kisah..tapi kalau boleh janganlah kasar2 sangat..kamu tu perempuan.."
hihihihi..tapi disebabkan aku sangat2 berminat dengan anggota beruniform dan perkara2 yang lasak ni..akhirnya aku teruskan juga...sebabnya pengalaman begini takkan aku dapat di dunia luar..

Perkara yang buat aku terasa sedih pula bila mengenangkan yang kami semua ni bakal berpisah tak lama lagi..(=_=)..dah terlalu lama kami bersama..segala suka,duka,perit,jerih kami bersama..dah kenal sangat diri dan ego masing2..entah kemanalah arah tuju setiap seorang dari kami ni..mungkin ada yang sambung study,teruskan perkhidmatan dalam ATM,ataupun kawin la kot...aku??ermmm...aku nak buat tiga2 perkara ni sekali gus..hihihihi..insyaAllah..jika diizinkan Allah...

Kadang2 aku sering termenung memikirkan apa yang akan terjadi dengan hidup aku jika aku di dunia luar tanpa arah tuju..sebabnya aku bukan jenis yang pandai berkawan(kadang2 terlebih ramah)..lebih suka seorang diri walau kemana sahaja aku pergi..sejak zaman sekolah lagi..bagi aku lebih mudah begitu..tapi bila involve je dengan kehidupan berpasukan (skuad) dalam Palapes ni..segala2nya aku belajar untuk bersama2 dalam segala tindakan..kami tidak akan sesekali dibiarkan keseorangan..walaupun pada mulanya aku agak kekok,rimas,menyampah semua ada..tapi lama2 biasa dah..susah senang kami sentiasa bersama..kalau ada masalah..just ceritakan jer..insyaAllah..akan ada orang yang akan menghulurkan bantuan..bak kata mereka “sharing is caring” ..dan banyak lagi aku nak cerita lepas ni..insyaAllah pada entry seterusnya..



Isnin

Jihad bermula

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh


Hari terakhir bercuti sebelum mula sibuk dengan pelbagai jenis test,kuiz,assingment,presentation dan sebagainya..kadang2 sampai ke satu tahap,aku lebih rela lagi berlari or buat apa2 yang lebih menggunakan tenaga..sebabnya tekanan tu takda la terasa sangat bila dibandingkan dengan penggunaan otak berhari2 ni..apa2 pun sabar itu penting..mencari ilmu ni bukannya mudah..salah satu jihad juga..apa..ingat jihad tu untuk mereka yang berjuang mengangkat senjata sahaja ke??

Dalam kesibukkan ala-ala Perdana Menteri aku ni..seringkali juga aku mengeluh walaupun aku tahu banyak kelebihan dan suruhan dalam menuntut ilmu ni..bahkan ada diantara sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”

Hadis Abi Zarr RA katanya ertinya: “Setiap permulaan daripada orang yang mengajar ilmunya itu terlebih afdhal daripada sembahyang seribu rakaat dan mengunjungi seribu orang sakit dan menghantar seribu jenazah kemudian ditanya Rasulullah: Adakah ia terlebih afdhal daripada membaca Al-Quran dijawabnya : “Tidak manfaat membaca Al-Quran itu tanpa ilmu.” 

Dan Abu Darda’ juga telah berkata: “Demi Tuhanku bahawasanya aku belajar sesuatu ilmu terlebih kasih bagiku daripada beribadat setiap malam (qiamullail).


Subahanallah..banyak sangat kelebihan menuntut ilmu ni sebenarnya..terlalu banyak yang kita tak tahu..bila sebut je pasal jihad..boleh dikatakan hampir semua dari kita2 ni berebut nak ikut tersenarai dalam calon para syuhada kan..sebab utamanya boleh booking tiket terus ke syurga..tapi cuba kita muhasabah diri balik..sedangkan nak jihad fisabilillah mencari ilmu tu pun boleh diragui keikhlasan hatinya apatah lagi untuk berjuang dalam jihad2 yang lebih besar..

Ilmu yang kita nak belajar tu susah la..macam mana??

Sedarlah..Allah takkan tergamak nak bagi kita ujian yang melebihi batas kemampuan kita..sebab Allah lebih mengetahui kekurangan dan kelebihan kita bahkan tak mustahil jika dikatakan Allah lebih tahu tentang diri kita daripada kita diri kita sendiri..kadang2 kita sendiri tak tahu apa kelebihan dan kekurangan kita betul tak??..tapi Allah Maha Mengetahui..setiap kali kita diuji..itu bermakna Allah ambil berat pasal kita..Allah sayang kita..

Percayalah walau sesukar mana pun ilmu tu..cuba yakinkan diri bahawa ianya satu ujian Allah untuk kita..ikhlaskan hati..insyaAllah..semuanya ada hikmah di sebaliknya..(^_^)




Ahad

Baucer Buku RM250..

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Tahun ini adalah tahun kedua aku berpeluang dapat baucer buku yang pihak kerajaan bagi untuk pelajar2 IPTA/IPTS..Alhamdulillah..rezeki pilihan raya la katakan..tapi bilalah nak pilihan raya ni..cepatlah selesai..malas dah nak tengok kat siaran tv tu..politik sana-sini..yang ni kutuk sini,yang tu kutuk sana..astaghfirullahalazim..

Hah..ni kisah bagaimana aku menghabiskan baucer yang aku dapat 2 minggu lepas..

Sebenarnya kami yang student2 ni dah memang lama dok tunggu baucer buku..kononnya nak beli stationary2 yang dah mula susut..lepas2 dapat tahu je yang baucer akan diberi di Dewan Semarak (UiTM Arau)..kami siap diberi jadual lagi..hari selasa student part 1-3..hari rabu student part 4-6(aku la tu)..waktunya dari pukul 8pg-4 ptg..aduhaiii..mengeluh juga la aku waktu tu..apa taknya..kelas padat la hari tu..macam mana ni..esok(khamis) nak balik dah..tapi stail aku memang jenis slumber je walaupun time tengah serabut..sebabnya aku malas nak fikir banyak2..dalam fikiran aku,kalau rezeki ada,sempat la aku ambil hari ni..kalau tak lambil lepas naik cuti la jawabnya..tapiiii..rezeki aku dapat juga ambil pada hari yang ditetapkan..Alhamdulillah...

Dalam otak aku dah terfikirkan buku2 yang bakal aku borong dengan gunakan baucer ni..target MPH or POPULAR..tapi akhirnya dua2 tempat ni aku shopping..hari sabtu minggu aku balik tu .aku dah borong buku2 hampir RM200..perghh,kejap je kan..banyak juga la yang aku dapat beli..tapi yang penting aku dapat belikan untuk mak Al-Quran terjemahan yang dah lama dia nak..berfaedah juga kan..kebetulan esoknya hari lahir mak..so kira macam hadiah besday la tu kan mak..(^_^)..Hepi Besday Mak..

Baucer ada syarat terbaru kali ni..kita hanya dibenarkan guna baucer untuk 80% buku dan hanya 20% untuk stationary..kecewa juga la kami2 ni..ada juga sesetengah student yang membebel bila diberitahu syarat2 tu..aku..ermm..tak kisah la..apa yang penting aku dapat BUKU..aku dah hampir nak buat library dah buku2 yang ada kat rumah tu..puas hati aku bila aku dapat buat koleksi buku..ilmu tu kan..(^_^)..dan aku pergi MPH kat MidValley tu tu shopping buku lagi..suka betul aku bila hidup dikelilingi buku2 ni..rasa nak menetap je kat kedai buku tu..berjam2 pun tak apa..kenyang dengan buku..

Dan akhirnya dalam masa dua hari aku berjaya mnghabiskan baucer yang diberi dengan jayanya..harap2 tahun depan dapat lagi la hendaknya..boleh aku tambah koleksi2 buku yang dah sedia banyak tu..

*p/s: Abah dan mak geleng kepala je bila tengok buku2 akan semakin bertambah setiap kali aku balik..maaf la..dah hobi semulajadi kak Long..hehehe..peace..(^_^)





About Me!!!

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....

Alhamdulillah..diri ini masih diberi peluang untuk terus bernafas dan menjadi khalifah di bumi Allah ini..pejam celik..pejam celik dah hampir 21 tahun diri ini diberi nikmat hidup..sesungguhnya aku bersyukur sangat2..ini bermakna aku masih berpeluang untuk memperluaskan lagi ilmu duniawi dan akhirat aku yang serba kekurangan ini..

Dari selatan ke utara aku mencari ilmu..jauh perjalanan..tapi tak apa..dah biasa..semenjak aku bersekolah lagi aku telah memilih untuk berjauhan dari keluarga..kenapa??tak sayang family ke??..Ohhh..no la dear..tapi ingin belajar menjadi lebih berdikari..mungkin sebab utamanya aku ni kakak yang sulung kan..EGO tu ada la juga..but alhamdulillah la..my parents  believe me 100%..mereka tak pernah nak halang aku(selagi perkara itu tak memudaratkan)..insyaAllah..aku tak akan sesekali buat mereka hilang percaya pada aku..

Diploma in Business Studies at UiTM Arau,Perlis..sejak tahun 2010 dan insyaAllah akan tamat pada tahun 2013..ehhh,tahun ni la kan!!..itu pun kalau tak ada aral melintang..selain itu aku juga aktif dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)..sekarang berpangkat Pegawai Kadet Peringkat III (Senior)..dan InsyaAllah..akan ditauliahkan pada Julai tahun ini..di UMS,Sabah dan bakal memegang pangkat sebagai LEFTENAN MUDA....tapi apa2 pun kita kena sentiasa ingat..kita sebagai manusia hanya mampu merancang,tapi Allah sebaik-baik perancang..semuanya berlaku hanya dengan izin dari Allah S.W.T..

Dunia aku sebenarnya boleh dikatakan tiada waktu cuti..penuh dengan aktiviti..isnin-jumaat dengan kelas akademik..sabtu,ahad dan cuti semester sibuk pula dengan training..penat??ada la juga..tapi aku puas sangat2 dengan pengalaman yang aku takkan dapat di dunia luar..lagi pula aku ni memang jenis yang aktif..bak kata orang..aku ni suka menyusahkan diri...ye ke??tak la..semua ni takdir Allah..Allah tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan seseorang itu..(^_^)