Flower-flower kiterr

Jumaat

Kisah hidup aku...



Assalamualaikum Warahmatullahiawabarakatuh...

Kali ni nak bercerita serba sedikit tentang diri yang serba kekurangan ini...sebetulnya tiada apa yang menarik pun..hanya wanita biasa seperti yang lain..cuma aku dulu aku sering mengeluh dengan perjalanan hidup aku yang penuh dengan pahit dari manis..aku pernah merasakan seperti berada keseorangan di bumi Allah yang maha luas ini...

Baiklah...Diri ini....

Anak sulung kepada ayahanda dan bonda yang dicintai…
Kakak kepada dua orang adik perempuan dan seorang hero..
Berpeluang untuk belajar di sekolah cina semenjak berumur 7 tahun hingga 15 tahun..
Berpindah ke sekolah teknik pada usia 16 tahun dan 17 tahun..
Seorang yang teramat blurr tentang islam yang sebenar..
I know about 5 times per day prayer, Al-Quran and puasa only..i’m  just know orang islam WAJIB to do all that thing..actually,i don't know why..
Tapi segalanya dilakukan tanpa keikhlasan..because my parents yang suruh..so I just do it..
Jadi bila jauh dari keikhlasan..segalanya jadi tunggang-langgang..

Tapi rancangan Allah tiada siapa boleh jangka..
Dan hidayah Allah mengatasi segala-galanya..

Mula terlibat dengan badan dakwah semenjak di teknik..tak tau macam mana boleh sangkut..
Niat pada awalnya sekadar nak mencuba sesuatu yang baru..ye la..sekolah cina dulu manalah ada benda-benda macam ni kan..so,it’s something new to me...

Dan detik-detik yang merubah kehidupan aku 360 darjah pun bermula…

Tanpa dijangka dan tak pernah termimpi pun akan dipilih sebagai salah seorang MTK BADAR…
Masa tu terfikir..what??why me??i don’t know anything…oh my god..habislah aku…!!
Sedangkan ramai lagi yang lebih baik..dan lebih layak.. “Ya Allah..apa yang aku dah buat ni..tu la..nak cuba something new konon..hah,amik kau..!!”
Seriously aku pun tak tahu macam mana aku boleh redha..just think it’s something new..why not you try..
Dan dari detik itu bermula la perih jerih aku sebagai seorang hamba Allah yang KENA merubah dirinya dan membimbing orang lain juga..
Sejujurnya sering kali air mata ini tumpah..dalam masa hampir 2 tahun pelbagai dugaan harus aku redah..

Pernah juga aku menyesal dengan jalan yang aku pilih ini..

keluar masuk bilik kaunseling dah jadi lumrah..
Hampir juga bertukar sekolah..
Tiada siapa tahu detik-detik sukar yang aku lalui..cuba untuk kelihatan tenang walaupun dalaman dah hampir parah..
Terfikir kenapa aku nak menyusahkan diri..

But, now I know..
Setiap benda yang berlaku ada hikmah..

Telan je la tohmahan, jelingan dan ketidakpuasan hati dari sesetengah pihak..
Maaf aku cuma menjalankan tanggungjawab dan amanah..aku takut tak terjawab di akhirat nanti..orang lain bukan boleh tolong jawabkan pun..
Dari situ aku belajar untuk penuhkan solat aku yang sering lubang-lubang..
Jujur..terlalu sukar untuk aku masa tu..
Aku umpama baru belajar untuk mengenali islam..
Sering mengikut sahabat aku belajar tilawah Al-Quran..
Tapi aku tak mampu untuk turut bertilawah..sekadar peneman dan pemerhati sahaja..
Aku dapat rasakan ketenangan yang tak pernah aku temui saat mendengar suara merdunya melagukan ayat-ayat suci Allah..Subahanallah..hampir mengalir air mata aku..berdebar semacam..saat itu seperti terimbau kembali segala kejahilan aku pada waktu dahulu..
Ya Allah..dah hampir 17 tahun aku hidup..tapi tiada apa pun yang aku tahu..

Teringat..
Pernah sekali di waktu bulan ramadhan sewaktu menanti untuk berterawih..dengan perasaan malu-malu aku meluahkan hasrat yang lama ku pendam..

“akak…saya teringin nak jadi macam akak..pandai mengaji..mana akak belajar??ermm,ajar saya boleh tak kak”

Dan sahabat aku itu mulakan pembelajaran pertamaku dengan ayat Bismillahirrahmanirrahim…
Di situ juga aku tahu tentang usrah..
Sewaktu aku tingkatan 5 ada seorang ustazah muda yang tak lokek dengan senyuman dan ilmu..
Rajin memberi nasihat..sering mengajak kami ke rumahnya...
Aku rasa jiwa aku semakin terisi..
Suka curi-curi ushar sewaktu ustazah mengajar di kelas sebelah..
Aku sukakan gayanya yang comel dan manis berjubah dan bertudung labuh..
sehinggakan pernah kawan sekelas aku menegur yang mata aku tak berkelip memandang ustazah tu..malunya..terkantoi..
Nasib baik ustazah..kalau ustaz dah lama kena cop gatal..

Aku teringat ayat yang pernah dilafazkan kawan yang menegurku..
"aku tahu kau nak jadi macam ustazah tu kan ain..aku selalu je tengok cara kau perhatikan ustazah tu..insyaAllah kau boleh..aku yakin"

Terkejut aku dengan komen dari seorang kawan yang tidak la rapat mana pun dengan aku..aku sekadar tersenyum...

Tapi hati aku berkata..
"Ya Allah..amin...aku harap aku mampu..tapi aku tak tahu apa-apa pun..macam mana aku nak jadi macam tu..itu terlalu sempurna untukku.."

Di situ aku terasa setiap perlakuanku diperhatikan..
Pada mulanya aku rimas dan pelik..

Pantang silap sikit mesti akan ada suara-suara sumbang yang memperli..

"Harap je budak Badar.."

Hati ini merintih waktu itu..

Lama-lama aku semakin faham..bila kita nak buat baik memang akan ada penghalangnya..
Jadi dari situ jua aku belajar lebih menjaga setiap kelakuan dan percakapanku..
Tak tipu..terasa hipokrit sangat..rasa nak surrender je..

Masa tu pujuk diri..aku takkan sesekali berpatah balik..set mind..
Semua ni kehendak Allah..DIA tak akan izinkan sesuatu itu berlaku di luar kehendaknya..

Dan baru aku sedar…
Sedikit sebanyak aku dah mula belajar meletakkan Allah di tangga yang teratas di dalam setiap perkara yang aku lakukan..

Dan sekarang…Diri ini…

Seorang hawa yang sangat degil dan sangat tegas terutama sekali hal-hal yang berkaitan dengan kerohanian..
Amat pantang jika junior-junior aku cuba-cuba untuk skip aktiviti-aktiviti kerohanian yang ada..

Tapi....
Mudah dibawa berbincang dan menerima pendapat dari sesiapa sahaja..
Saat aku diam tiada seorang pun yang berani menegur..kata mereka..menakutkan..
Mudah marah jika ada sesuatu yang tak berkenan di hati..
Tapi cepat sejuk hati..jangan risau..
Sangat gemarkan aktiviti lasak,mencabar dan juga suka mencuba sesuatu yang baru…
Seorang yang gemarkan muzik yang berunsurkan keagamaan dan instrumental music..
Suka membaca pelbagai jenis buku dan menyimpan koleksi buku..

Gemarkan suasana yang tenang dan pemandangan yang luas..
Sukakan laut..saat matahari terbit dan terbenam…
Sukakan langit..saat awan yang berkepul-kepul bergerak ditiup angin..saat bintang-bintang bertaburan..saat langit berubah wajah dari siang ke malam..
Sukakan sawah..terasa macam hamparan permaidani hijau yang tersangat luas..
Semua ini buat aku semakin mengagumi ciptaan Allah..

Dan sehingga kini aku masih belajar untuk menjadi seorang muslimah yang sebenar..
Dan semakin hari semakin berat dugaan yang aku terima..
Ujian Allah sentiasa menghiasi hidupku..

Seringkali terfikir..
Andai diri ini hidup di zaman Rasulullah..apa akan terjadi agaknya..kuat dan tabahkah aku menghadapi dugaan di zaman itu..
Perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh  sering mengamit jiwa untuk mencontohi semangat juangnya sewaktu baginda seusia dengan ku..

Tabahlah duhai hati..
Baru sedikit dugaan yang kau terima..
Sedangkan serikandi zaman dahulu lagi maha hebat dugaan yang diberikan kepada mereka...

Tiada ulasan: