Handzalah. Cukup asing sekali nama itu pada kita. Malah, sepanjang zaman persekolahan hatta dalam kuliah atau ceramah sekalipun jarang terdengar kisah Handzalah. Pertama kali terdetik mendengar kisah beliau ketika Allah takdirkan saya mendengar lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Rabbani yang menceritakan kisah Hanzalah. Tatkala mendengar dan cuba menghayati bait-bait liriknya, cukup meruntun hati. Lalu saya cuba mencari maklumat tentang Handzalah di internet.
Alhamdulillah, ada beberapa maklumat tentang Handzalah. Hanzalah merupakan pemuda dari suku Aus di Madinah. Ketika itu Handzalah baru sahaja menikahi seorang wanita yang bernama Jamilah Binti Ubaiy (baru beristeri). Namun, takdir Allah yang Maha Esa, perkahwinan itu berlangsung tatkala Perang Uhud menjelang. Oleh kerana Handzalah baru bernikah, beliau dikecualikan oleh Rasulullah dari menyertai peperangan Uhud.
Namun Handzalah seorang pembela agama yang teguh. Diawal pagi selepas malam pernikahannya, gendang perang telah dibunyikan. Ketika itu pasukan kaum Muslimin sedang berada dalam keadaan yang genting sekali. Handzalah terjaga dari tidur lantas memakai pakaian perang miliknya. Beliau turut bersama para sahabat berjuang dalam pertempuran Uhud. Ditakdirkan oleh Allah SWT, beliau syahid pada pertempuran itu.
Subhanallah.. Sesungguhnya pengorbanan dan keimanan beliau sangat hebat. Walau ketika itu beliau mempunyai pilihan untuk tidak menyertai peperangan, beliau sanggup meninggalkan kekasih hatinya yang baru sahaja dinikahi. Demi memastikan Agama Allah ditegakkan, Jihad menjadi pilihan. Sedang kala itu, pasti beliau terfikir tentang resiko yang bakal dihadapi sekiranya pergi berjihad bersama para sahabat.Diantara kenikmatan dunia dan tertegaknya Islam, tanpa ragu-ragu Handzalah bangkit dan maju dengan penuh keimanan menuju ke medan jihad. Takdir Allah tak siapa dapat menolak. Pada awal pagi itu, Handzalah telah syahid menemui Allah dalam pertempuran.
Begitu besar dan hebat keimanan Handzalah. Berapa ramai dari kita sanggup meninggalkan kenikmatan dunia demi membertahankan Agama Islam. Sedang ketika itu, Handzalah sedang bersama dengan isteri tercinta yang baru sahaja dinikahi. Tentu sahaja berat hati untuk meninggalkan isteri tercinta dan meninggalkan kenikmatan berumah tangga untuk pergi berperang. Yang entahkan dapat bejumpa lagi sekiranya kelak terkorban atau cedera. Pasti itu suatu keputusan yagn besar bagi Handzalah. Namun Handzalah pasrah.
Menyelusiri bait-bait lagu Handzalah dendangan Rabbani:
"Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga"
Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Akhirnya Syahidlah Handzalah dalam pertempuran Uhud menentang Kaum Musyrikin.
Setelah Handzalah syahid, telah diriwayatkan Baginda Rasulullah saw melihat jasad Handzalah dimandikan oleh malaikat di antara langit dengan bumi dengan menggunakan bekas yang diperbuat dari perak.Pada ketika itu, Handzalah tidak sempat berjunub dan telah pergi ke medan pertempuran dalam keadaan tegesa-gesa kerana keadaan Pasukan Muslimin begitu genting sekali. Peristiwa ini berlaku dalam Perang Uhud yang berlaku pada 625M 3H. Dalam pertemburan ini, Handzalah telah terbunuh ditombak oleh Kaum Musyrikin. Beliau syahid bersama-sama 69 pahlawan yang lain. Semoga Allah merahmati Handzalah dan isteri beliau diatas keteguhan iman yang dimiliki.
Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tak berhenti
Moga Islam terus berdiri
Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga
Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah
Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin
Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi
Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan