Flower-flower kiterr

Jumaat

My Rotu Life (2)

Assalamulaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Dah agak lama aku tidak bercerita tentang dunia asykar aku ni kan..baiklah..hari dapat hidayah nak post sikit tentang latihan berterusan yang aku dan skuad aku dah join kat UiTM Lendu Melaka mula 22hb April-27 April hari tu..ini kira kali kedua aku menjejakkan kaki ke UiTM ni..first time masa Annual Camp Senior aku tahun lepas..tempat yang takkan aku dapat lupakan sampai bila2..kenangan Annual Camp yang tersangat menguji kewibawaan dan mental aku sebagai seorang pegawai kadet..serius kata jurulatih kami..training kami yang dah serupa "bawah Komando atas Para"..jurulatih yang ada pun kesian tengok kami kena belasah hampir setiap masa..berlari tu dah memang rutin wajib kami setiap hari..pt pagi berlari,before makan tengahari berlari,petang waktu riadah berlari, dan before kami dilepaskan untuk berehat waktu malam pun kena berlari juga..sejujurnya pada hari kedua di situ ada diantara kami yang hampir2 surrender..tapi hakikatnya kami berjaya juga menghabiskan latihan kami selama 3 minggu di situ..fitness kami masa tu jangan cakap la..hinggakan kami dah lali dan kebal dengan semua tu..macam tak percaya je bila difikir-fikirkan balik..

Di antara tempat yang pernah aku pergi..aku tersangatlah tidak suka keadaan di UiTM Melaka..sebab utamanya tersangatlah banyak bukit-bukit yang bergunung-ganang di sana sini..perghh..serius mental..cuaca panasnya sampai menggelupas dan terbakar kulit-kulit kami..tangga-tangga yang melebihi batu cave..semua ini memberi kapten yang in-charge kami pelbagai idea gilerr yang tujuannya boleh dikatakan untuk menyeksa kami..

Kalau bab injured tu jangan kata la..hampir setiap hari akan ada diantara kami yang dihantar ke medic..aku pun pernah melawat sick bay..sebabnya lutut aku terhentak dekat batu sewaktu kami disuruh croll dari atas bukit ke bawah..sekali aku silap landing laaa..sakitnya tak payah cakap la,sampai kena papah untuk berjalan,kebas habis pinggang2 aku..kesannya sampai sekarang..but..itu semua pengalaman..nak ngadu kat my bonda pun tak dapat apa..dah aku yang pilih jalan ni kan..

Tapi...
nasib baiklah la kali ni akviti kami hanyalah sekadar berkawad..bak kata orang kawad sampai mati..nasib tak mati betul2..RSM Mohammad yang sangat menggerunkan bila dia memulakan tazkirahnya tanpa henti sedangkan kami bediri di tengah panas terik sampai memegang senjata..cramp habis tangan dan kaki..menyumpah2 juga la dalam hati masa tu..saborrr je la..masa tu dalam fikiran aku.."aku rela berlari lagi dari kena jemur macam ni..serius rasa macam kena panggang di bawah mentari..ala-ala Bilal bin Rabah..

Dan..
Hasilnya..RSM berjaya menghitam legamkan muka kami semua tanpa terkecuali seorang pun daripada kami..geramnya....dah la muka aku ni antara yang paling senang nak burn dan paling susah nak cerah balik..fikir nak tauliah je ni..takper2 lepas tauliah je aku beli krim pencerahan yang betul2 power punyer..hehehehe

OK...tak sabar dah ni nak ke UMS..semua dah siap..tinggal nak flight je..UMS i'm coming..just wait for me..

Tiada ulasan: