Flower-flower kiterr

Isnin

Temuduga Terbuka..Semua Wajib Hadir..

Terbuka kepada semua. Kerana semuanya layak.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN :
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara terbuka dan tanpa diduga bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat.Anda tidak perlu bawa wang atau harta yang banyak. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Cukuplah sekadar membawa Iman dan Amal 

PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda hanya perlu menunggu penjemput yang akan menjemput anda. Dia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja. Dia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

ANTARA TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

1-beriman kepada Allah SWT, RasulNya, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan.
2-membina masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT
3- berulang-alik pagi dan petang ke masjid untuk melakukan ibadat.
4-menjaga mulut dan kemaluannya.
5-menunaikan solat sunat 12 rakaat malam dan siang.
6-berjalan dengan tujuan menuntut ilmu Allah SWT.
7- menjawab azan dengan sempurna.
8-berwuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat sunat wuduk 2 rakaat, .
9-meredhai Allah SWT sebagi Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabinya .
10- tidak memilki sfat takabbur, melakukan perkara sia-sia dan tidak memilki hutang.
11-menziarahi pesakit, samada suadaranya, malaikat mendoakan kebaikan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari rumah pesakit yang diziarahinya.
12-Membenarkan agama Allah dan berjihad Di jalan Allah.
13_Menyebarkan keamanan, memberi makan kepada orang ramai, menghubung silaturrahim.
14-mendapatkan haji mabrur dan menjaga dari sebarang dosa diantara dua umrah.
15-bersedekah
16-menghafaz 99 nama Allah SWT

TIPS TAMBAHAN
Lakukanlah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah,dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T...

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Al Qur'anul Karim & Hadis atau gunakan nombor utama ini: 24434 dan untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483 

Tiada ulasan: