Flower-flower kiterr

Jumaat

My Darling Book Fair PWTC

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Disebabkan aku tak ada benda nak buat sekarang ni..jadi aku dengan senang hatinya nak berceloteh di sini..harap tak melalut dan merepeklah hendaknya..

Sebenarnya nak dijadikan cerita aku ada pergi ke Book Fair di PWTC baru-baru ni..tujuan utamanya mestilah nak beli buku..takkan nak beli ikan pula kat situ kan...ikutkan aku tak tahu menahu pun tentang book fair ni..tapi seminggu sebelum tu ada seorang skuad aku mention tentang book fair di PWTC..aku pun apa lagi..pantang dengar pesta buku..WAJIB untuk aku pergi ''menjenguk"..dalam 2-3 hari balik je dari perlis terus aku ajak Shikin pergi book fair..nak buat teman la kononya..

Dengan muka hitam selepas kena jemur di Melaka..aku tak peduli..book fair tetap book fair..transport utama nak ke PWTC dari rumah aku mestilah komuter..turun kat stesen Putra..masa pergi line clear je..alhamdulillah...tepat pukul 12 tengahari kitorang sampai depan PWTC..mula dari stesen ktm lagi dah beratur bas-bas dari pelbagai negeri dan sekolah..uisshh..tak sangka pula aku..rajin beno diorang ni nak datang dari jauh semata-mata nak ke book fair ni kan..dari kedah,johor,pahang semua ada..tapi aku tak jumpa lagi la kalau yang dari sabah,sarawak kan..wuallahualam...

Jejak ke pintu utama PWTC..aku dah tercegat di situ..dalam hati sempat lagi berfikir..nak masuk macam mana ni..aku nampak orang je..ramainya tak terkata..aku tak nampak buku langsung...tapi bukan senang aku nak jumpa book fair ni..ah,tak peduli..aku redah juga..dengan badan aku yang kecil ni sebenarnya lagi sukar untuk aku mencelah di kalangan manusia -manusia yang ramai tu..ye la..orang tak nampak kan..saat yang paling aku benci bila bersentuhan dengan yang bukan muhrim..arghh,,serius aku rasa nak mengamuk dan rasa nak tembak je mereka semua..tapi bila mengenangkan keadaan darurat ni takkan la aku nak ikutkan hati juga kan..sabar je la..siapa suruh kau datang..padan la muka..and the only one way that i can do is..cover my skin with my tudung labuh..alhamdulillah..sekurang-kurangnya ada sesetengah dari lelaki yang aku jumpa..mereka seperti agak menghormati dengan keadaan muslimah2 seperti kami..beri laluan..thanks a lot..aku suka sikap yang macam tu..saling menghormati..

Dan...misi utama ialah memborong buku..kawan aku pun dah order berjenis-jenis buku novel..jenuh aku nak mencari novel2 yang diorder tu..dengan keadaan yang ramai orang itu lagi la menyukarkan pergerakan aku..tapi aku kena berusaha juga untuk memenuhi kehendak kawan aku yang sorang ni..ye la..dia duduk perlis..susah untuk dia ke sini sendiri..cari punya cari..redah punya redah..alhamdulillah..dapat juga aku beli 10 buah dari buku yang diorder dan termasuk aku punyer sekali..tak tercabut tangan rasanya mengendong buku2 tu..ikutkan hati banyak je lagi yang aku nak borong..tapi sebab tak cukup tangan dah..kalau la boleh guna kaki..kan best...confirm aku tambah 10 buku lagi..agak banyak la duit yang aku perabihkan untuk buku2 tu..tapi entah kenapa bila bab buku je aku langsung tak rasa menyesal..malahan aku rasa nak tambah lagi je..ermm..tapi cukup2 la buat masa ni rasanya..

Dan..sempatlah juga aku ambil autograf penulis novel Faziela untuk novelnya Si Mangkuk Tingkat yang aku beli di booth Jemari Seni..(best juga ceritanya)..sempat bersalam lagi..dan aku sempat jumpa Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi..depan mata tu..comel je ustazah yang mudah tersenyum tu melayan kerenah2 peminatnya yang nak autograf dan bergambar dengannya..aku tak sempat nak buat apa-apa masa tu..tak cukup tangan dah..segan pula ramai sangat orang time tu..lagi pula aku nak kejar solat zohor yang dah lama masuk..insyaAllah..ada rezeki nanti boleh jumpa ustazah lagi..(sempat juga beli buku terbaru ustazah)..ustaz Don pun ada juga masa tu..artis bertudung,Yatt..dan ramai lagi yang aku tak berapa nak kenal..aku pun tengok sekilas macam tu je..

Kemuncaknya sewaktu nak balik..masyaAllah..keadaan di stesen KTM Putra pun dah sama macam keadaan dalam PWTC tadi..macam tak percaya je..berpusu-pusu..dan tak bergerak langsung..dengan hujan yang semakin lebat...dengan kedua-dua belah tangan aku yang rasa macam nak terputus urat..aku gagahkan juga diri..hampir sejam aku menanti..keadaan still sama..tiba-tiba aku dapat idea..alternatif yang terpantas sekali untuk keluar dari situ secepat mungkin..aku beli tiket ke KL sentral dulu dan dari situ baru aku beli tiket ke klang,dan hasilnya aku berjaya sampai ke rumah dengan selamat before manghrib..kenapa la kau tak terfikir dari awal kan..

Apa-apa pun kali ni aku dah berjaya menambah koleksi buku aku lagi..sampai dah tak ada ruang nak letak dah ni...dan ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus menambah koleksi buku-buku aku...hihihihihihi..







Tiada ulasan: