Flower-flower kiterr

Sabtu

Si Pengemis Muda..

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....

Hari ni nak update story yang berlaku semasa aku merayau-rayau di pekan klang tadi...sebenarnya aku dah boring tahap 7 petala langit dah ni,sebab tu rajin sangat nak keluar walaupun seorang diri..

Nak cerita sikit la dialog tadi sebelum keluar rumah pagi tadi...

"Mak Along nak keluar jalan2 kat klang kejap la mak..boring la" masa tu mak tengah sibuk baca surat khabar.
"Nak keluar dengan siapa?"
"Sorang la..senang sikit..orang nak jalan-jalan je..tak tau lagi nak beli apa"
"Tunggu mak la..mak nak ikut.."
"Eh,tak payah la mak...macam la orang tak biasa keluar sorang-sorang..lagipun panas ni..tak larat nanti nak ikut Along..banyak tempat Along pusing nanti.."
"laa..kata nak cari kain buat baju raya.."
"alaa..rilex la..awal lagi..nanti Along ushar2 dulu..nanti esok-esok kita keluar la lagi..ye2.."
"ermmm..ye la..baik-baik jalan tu..cuti-cuti ni ramai orang.."
"ok..ok..ok.."
"hah,kalau balik lewat telefon bagitau.."
"iyeeeeeeeeeeeee mak"

Dan aku pun cepat-cepat la bersiap..dah agak lama dah aku tak keluar ke klang rasanya..dan seperti biasa hero yang ada dalam rumah ni juga la yang aku paksa hantar aku sampai ke bus stop kat luar tu..boleh je kalau nak jalan keluar..tapi ambil masa lebih kurang 10 minit juga la..tapi disebabkan malas..aku paksa juga adik lelaki aku yang sorang ni hantar..jimat masa dan tenaga...hehehehe..maaf la ye dik..insyaAllah..akak nak bagi dapat pahala pagi2 ni..itu pun kalau ikhlas la..

Dah agak lama aku tak naik bas awam ni sebenarnya..lagipun aku tak berapa nak berkenan bila terpaksa berasak-asak dengan bangsa-bangsa asing yang bagi aku kadang-kadang agak mementingkan diri,buat aku rimas dan segan bila pandangan pelik mereka yang tak dapat aku tafsirkan..pernah juga terfikir..iskk..ramainya orang asing..rasa macam aku pula yang datang negara orang..tapi nak buat macam mana kan..Malaysia mengamalkan sikap terlalu terbuka..jadi redha je la..dalam hati terus berdoa semoga cepat la sampai ke tempat yang aku nak pergi ni..

Alhamdulillah...Lebih kurang 10-15 minit aku sampai ke pekan..kejap je kan..(^_^)

Destinasi pertama aku Bank Islam yang kat seberang jalan tu..nak kena lalu lorong laluan pejalan kaki kat bawah jambatan tu dulu..takkan nak lintas jalan raya besar tu..lagi aku tak berani..

Aku stop kejap depan tu sebelum masuk..ada 2-3 orang lelaki bangsa asing yang baru keluar dari lorong pejalan kaki dah asyik menjeling2 aku dari tadi..
"apa pandang2..cungkil biji mata tu kang..tak pasal2 jadi Kassim Selamat" hati aku membebel-bebel..
"isk..aku sorang ni seram la pulak nak lalu dalam tu.."
"ermm,rilex2..tarik nafas...tawakal..Allah kan sentiasa ada.." tiba-tiba ada satu suara memujuk..
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku berjalan masuk ke lorong yang bagi aku agak berisiko tu..laju je aku melangkah..tak toleh belakang dah..punya la cuak..

Tiba-tiba di pertengahan jalan lorong tu ada sesuatu yang menggamit hati aku untuk memperlahankan speed hayunan langkah aku...sesuatu yang jarang dan boleh dikatakan aku tak pernah nampak sepanjang 21 tahun aku hidup..

Seorang PENGEMIS WANITA MUDA YANG SEDANG SARAT MENGANDUNG & KANAK2 PEREMPUAN yang dalam lingkungan 2 tahun sedang duduk beralaskan kotak kat tepi lorong..dari pengamatan aku wanita tu mungkin dalam lingkungan 20an dah berketurunan melayu juga..Ya Allah..tak dapat aku nak tafsirkan apa yang sedang bermain dalam hati dan kotak fikiran aku waktu tu..teragak-agak sebenarnya aku nak beri sedekah..last2 aku teruskan perjalanan melepasi wanita tu..

Hati aku waktu dah rasa macam-macam,sedih sangat tengok keadaan kakak tu..lantas aku mengeluarkan handset dan menghantar sms kepada sahabat aku..harapnya boleh mengembalikan mood aku..

"Nak tanya pendapat sikit la..kau rasa kenapa orang yang sempurna fizikal nak jadi peminta sedekah ye..??"

Dan seperti yang dijangkakan jawapan sahabat aku yang sorang ni mesti takkan mengecewakan aku..sebab tu aku sayang dia..

"Bagi aku tak wajar la fizikal elok dan MAMPU untuk mencari rezeki jadi peminta sedekah.Allah pun tak suka orang yang tak berusaha..jadi cleaner pun tak apa..asalkan halal kan..kenapa ain??"

"erm,aku kat luar ni..jalan sorang-sorang..tengah lalu kat satu lorong tadi ternampak ada sorang perempuan pregnant dengan anak perempuan kecik duduk kat tepi lorong tu minta sedekah..tak tahu la nak rasa kesian ke apa..just banyak la benda terlintas kat kepala..rasa macam nak pergi intiview je..laki dia pergi mana??" Balas aku..

"Oooo..dia jadikan situasi dia macam tu kan..tapi kita tak boleh nak judge gak..maybe suami dia tinggalkan dia dan dia pun tak ada saudara mara ke..bersangka baik paling bagus..kalau kau nak beri sedekah biar atas niat nak menolong..aku rasa kalau dia jahat pun kau yang dapat pahala..insyaAllah.."

Astaghfirullahalazim..betul juga cakap sahabat aku ni..kenapa aku tak terfikir dari tadi..serius jawapan dia buat aku tersedar dan lega sangattttt...thanks a lot my dear friend..luv u..

Dah puas berjalan-jalan dan beli barang yang mana berkenan aku pun berkira-kira untuk balik..letih kaki dah ni..dan..lalu balik lorong tadi..dah tak cuak macam tadi sebabnya dalam hati cuma berharap kakak tadi tu ada lagi..

Alhamdulillah dia ada lagi..kelihatan dia tengah melayan anaknya yang sedang menangis..mungkin lapar dan mungkin juga bosan menanti rezeki mereka hari ini..rasa sayu kembali mengusik hati..aku pun berilah sikit sumbangan ikhlas setakat yg termampu..kali ni dah tak ada rasa was-was..dalam hati aku berdoa semoga kakak ni dapat kerja yang lebih baik lepas ni..kesian anak-anak dia..ucapan terima kasih kakak tu aku balas dengan senyuman ikhlas..

Dan aku pun melangkah meninggalkan lorong yang menggajar aku perkara baru hari ni..jangan terlalu cepat berburuk sangka..







Tiada ulasan: