Flower-flower kiterr

Sabtu

Guru Tadika



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..

Setelah sekian lama tak update apa2 kat dalam blog ni..godek punya godek Alhamdulillah akhirnya terbuka hati nak kongsikan sesuatu hari ni..ikutkan hati setiap hari ada je benda yang aku nak bebelkan kat sini..tapi apakan daya..komitmen semakin banyak dari sehari ke sehari..dah namanya manusia kan..sentiasa sibuk dengan duniawi..ukhrawi entah macam mana la..yuppp..sedar tapi selebihnya buat tak sedar diri..macam yakin je subuh esok ada lagi kan..siapa berani kata dia confirm akan hidup sampai esok hari mehh angkat tangan sikit..haaaaaa...okayyy..apa2 pun kita doa la banyak2 supaya kita sempat bertaubat@sedar diri sebelum menghadapNYA..aminnn..

Ehhhh...haaa..tengok..aku dah lari topik dah..mukadimah terlebih..
Seperti tajuk entry...
Alhamdulillah..kini aku bekerja sebagai seorang guru tadika/taska...kenapa kanak2 pilihan aku sedangkan aku boleh dapat kerja lebih baik dari ini..haaa..ikutkan family aku pun tak berapa setuju dengan pilihan aku ni..ye la...belajar tinggi2 tapi ke tadika juga pilihan aku..macam tu buat apa sambung study awal2 dulu..perghhh..sentap wehhh..kalau tak kental jiwa mau meleleh air mata waktu tu..tapi aku butakan mata dan pekakkan telinga..kerja halal kan..so layannnnn...

Kenapa aku pilih tadika??
Tunggu entry yang akan datang ye..insyaAllah..doa2kan la aku rajin..^^




'Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´



"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

breast breast... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putramengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkanabang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!



Isnin

Muhasabah Diri

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Cepatnya..

Terasa semakin pantas masa berlalu..dan doakan aku kali ni aku berjaya kali ni..tak aku nafikan adakalanya aku tak lari dari sikap megeluh, hinggakan hampir putus asa pun ada..tekanan yang aku rasakan tu kadang-kadang rasa macam terbeban sangat..Ya Allah..puas aku pujuk hati..sabar ain..sabar..percayalah..ada hikmah semua ni..kalau tidak kau takkan masih disini..

Setelah berkali-kali aku jatuh..aku kutip serpihan semangat-semangatku yang dah hampir pudar..


Akan aku teruskan perjuangan aku hingga ke akhirnya..DIA maha mengetahui apa yang terbaik buatmu..tabahlah duhai hati..selagi kesempatan itu ada..kau tidak terlewat..janganlah kau risaukan bagaimana percaturan hidupmu..aturan Allah adalah yang terbaik untukmu..gagahkan hatimu seteguh hati serikandi Islam di zaman Nabi..baru sedikit dugaan yang diberikan..jika nak dibandingkan dengan serikandi zaman para nabi dulu..Subahanallah..hanyalah sebesar zarah ain..sebesar zarah!!


Selasa

Maaf Untuk Berpisah

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...


Nothing to say just want to share this video..
Suka lagu dan lirik dia..selalu juga dengar..


Isnin

Kisah Selipar

Assalamualaikum wbt....

Wahh awal lagi aku dah post entry baru kan...bukan apa...tiba2 rasa nak cerita sesuatu sebabnya lecture aku buka cerita pasal "selipar" tadi...tengah rajin ni kan...aku pun ada juga kisah selipar..hehehehe..memori tentang selipar ni masa tu sangatlah menyakitkan hati..tapi waktu tu je la...bila diingatkan balik terasa kelakar la pula kan..

Masa tu aku duduk asrama..sebelum masuk asrama mesti la kita akan beli macam2 barang keperluan kan..diantaranya Cik selipar ni..aku beli pun yang murah2 je...tapi pilihan aku biasanya yang ala2 comel2 sikit..bak kata orang biar murah asalkan bergaya kan..guna pun waktu ke tandas dan ke surau je...ok..bila dah pergi surau tu faham2 je la..letak selipar bersepah2..nak dipendekkan cerita sejak minggu first lagi kes hilang kasut dah berleluasa..kesian kawan2 yang beli selipar mahal2 tu kan..akhirnya balik bilik berkaki ayam...awal2 tu nasib aku baik lagi..tapi tak lama nasib baik aku tu..nasib tak berapa nak baik menanti di hari2 mendatang..aku pun jadi mangsa juga...menyinga aku..dalam hati dah menyumpah seranah dah...baru aku tau perasaan malu balik berkaki ayam...dah la jauh pulak tu..sedih betul..."selipar murah pun orang nak kebas..apa miskin sangat ke,kalau tak ada duit cakap terang2..nanti aku belikan" bebel aku masa tu.Member dorm aku gelakkan je.Jawapan diorang "tu la pasal apa kau beli selipar comel sangat." Hahahahaha..nasib member aku ni ada selipar lebih..pinjam la sementara..yang aku peliknya sepanjang aku pinjam selipar orang tak pernah pula hilang..musykil aku...time outing aku beli selipar baru..dan tak sampai seminggu hilang lagi..

Astaghfirullahalazim betapa SAKITNYA HATI..

Sampaikan aku menangis kat surau tu..punyalah sedih..walaupun murah..aku balik rumah aku beli lagi..aku cari yang tak comel punyer,aku siap beli spare tu,takut hilang lagi.Dan yang aku beli baru+tak comel+murah ni hilang lagi..sampaikan aku rasa nak buat sportcheck..tapi aku fikir "ekelehh selipar je pun,takyah la nak kecoh2" tapi hati aku kata " selipar pun..duit aku tu...kalau kumpul banyak2 orang ingat aku dah boleh buka kedai jual selipar,segan tau tak tauke kedai tu asyik tengok muka aku je borong selipar" akhirnya aku diamkan sampai sepanjang tahun tu je hampir 15 pasang selipar aku hilang..gilerr ke tak...sampai kawan aku ingat ntah2 secret admire aku yang curi kot..uishhh..pandai pula dia kan..taw je selipar aku yang mana satu..punya la banyak selipar tersadai kat situ tetap aku punya juga yang disapu..sampaikan dah lali dan hinggakan aku kena beli selipar senyap2 bila orangtua aku dah mula membebel bila aku asyik beli selipar je..

"apa ingat orang suka2 ke beli selipar ni..ingat orang nak buat koleksi ke" ayat yang pernah aku keluarkan bila tak tahan asyik kena bebel je.

Akhir sekali aku beli selipar yang paling cikai lepas tu aku lubang2kan..teruk betul rupanya..segan aku dah hilang dah.masa tu aku fikir kalau yang ni pun ada orang nak ambil taktau nk kata apa la..hasilnya..selipar buatan aku tu kekal dengan aku hingga ke hujung tahun..Alhamdulillah..

Jadi akhir kata kepada si pencilok2 selipar tu tolonglah fahami kepayahan kami ye..kalau tak mampu juga bagitau aku..seikhlas hati aku sedekahkan selipar..

Coretan 3 pagi

Assalamulaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Tiba-tiba terasa nak update sikit..lagipun belum rasa mengantuk lagi walaupun jam dah nk jejak pukul 3 pagi..baru habis buat revision ni..kebiasaannya aku memang macam ni...kalau dah terlebih fokus dekat kerja yang aku buat, tak tidur pun tak apa..tak sedar pun..kadang-kadang tu sampai azan subuh baru aku sedar yang aku tak tidur2 lagi..bahananya pergi kelas kepala pening2 lalat...ye la..tidur malam dan tidur siang kualitinya kan berlainan..tapi nak buat macam mana..dah memang jenis aku tak boleh study siang...confirm fikiran aku melayang2 macam tengah main layang2 la kot...huhuhuhu..tapi tu la...yang paling sedihnya bila tabiat aku yang dah macam kelawar ni menyebabkan niat aku nak buat solat malam@Qiamulail dah lama tertangguh..
Ya Allah..nampak sangat aku terlalu melebihkan duniawi

Sedihnya..tiap kali aku kunci jam pun confirm terlajak juga sampai subuh...geram betul..jadinya sampai sekarang aku tak percaya kat diri aku sendiri..ikutkan hati nak je aku upah orang tolong kejut aku..tapi tak sampai hati pula nak menyusahkan orang..ermmm..tak apa la..selagi ada upaya aku akan teruskan mencuba..nak cari kembali kerajinan zaman sekolah asrama dulu...jiwa kental gilerr masa tu...macam tak percaya tu aku...

Sungguh...aku amat-amat merindui saat-saat diri masih ditarbiyah dulu...

P/s: Dalam keadaan risau andai tiada hari esok untuk aku~~~

Sabtu

Lesen B2&D

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH 

Fuhhh..kalau boleh dilihat dengan mata kasar la kan...rasanya aku boleh nampak atok nenek spider kat belog aku ni...hahaha..maaf la ye..dah berzaman tak update..terlupa..opssss..bukan la....lebih kepada tak tau nak buat entry ape...tapi Alhamdulillah..hari ni ada something nak cerita...


               


Seperti yang tertaip pada tajuk entry...dengan rasminya aku dah ambil lesen...yeay2..ehhhhh..belum dapat lagi la...tengah ambil la ni....baru ade lesen L..tapi ape2 pun aku nak exited gak...sebab akhirnya dapat juga aku nak drive kereta...bertahun2 aku menanti..akhirnya penantian aku berakhir sudah..cewahhh..ye la...cuba bayangkan betapa geramnya bila aku nak try drive kat umah tak dapat2..minta ajar pun tak ada siapa yang sudi...alasan yang aku dapat tiap kali aku nak drive"alaaaa..ko nak belajar nanti ko belajar la kat tempat memandu..kat sana ramai yang boleh ajar ko.." Erghhh..geram3...nak dijadikan cerita...satu apa pasal kereta pun aku tak tau..lagi tang gear dengan kelas...ape benda la tu..jenuh juga la aku menghafal time kelas mula2 tu...kalau tanya tentang motor aku takde hal..pengalaman bertahun2 dah...huhuhu..bukan riak..tapi alhamdulillah la...kurang sikit beban aku...boleh fokus lebih sikit kat kereta..

Okeyyy..hari first latihan je cikgu yang akan ditugaskan mengajar aku sepanjang sesi latihan aku suruh aku drive...sedangkan dia tau tu yang aku takde experience langsung dengan kereta...walawehh..dua tiga kali gak aku tercengang2..tanya betul ke nak suruh aku bawa...tup2 dia dah suruh aku ambil tempat duduk pemandu..dalam perasaan cuak+takut+terlebih exited tu aku memandu buat pertama kalinya...hehehehehe..cikgu tu ajar aku satu persatu...punyalah happy sampai rasa nak melompat keluar bila kereta tu mula bergerak meredah highway...muahahahah..yang paling tak tahan nak gelak tu bila aku bawa terlebih laju dari yang sepatutnya..sampai kena tegur suruh slow sikit...takut terbiasa sewaktu buat JPJ nanti..maximum 60km/s je katanya..fuhh..punya la slow mengalahkan kura2...sakit plak hati kan...cehh..bajet je kan...baru first time bawa woiii..rilex2 la derrrrr..hahahaha..pasal kereta termati tiba2 pulak memang banyak kali...boleh dikatakan tiap kali kat traffic light..sampai tergelak cikgu kat sebelah tengok aku gelabah..ape taknye..habis semua aku tarik..tak tau nak buat mana satu dulu...malu oooiii..tapi semasa latihan kali kedua nampaknya dah banyak improvement...cuma komen yang aku dapat kali ni...dia suruh aku kurangkan "keganasan" semasa drive and stop...sebabnya aku suka stop mengejut...jahanam kereta..dalam hati aku pulak kata "hehehehe..tak apa...bukan kereta saya..bila lagi kan..."iskkk..tak patut betul kan...

Hah..apa2 pun serius seronok..untuk pengetahuan..aku ambil kat Perlis..murah sikit berbanding dengan kat tempat asal aku...motor+kereta dalam RM700>  je...mai la sini..aku amik student pakej..tapi rasa aku orang awam pun tak lari jauh dari harga ni...try2 la...