Flower-flower kiterr

Isnin

Kisah Selipar

Assalamualaikum wbt....

Wahh awal lagi aku dah post entry baru kan...bukan apa...tiba2 rasa nak cerita sesuatu sebabnya lecture aku buka cerita pasal "selipar" tadi...tengah rajin ni kan...aku pun ada juga kisah selipar..hehehehe..memori tentang selipar ni masa tu sangatlah menyakitkan hati..tapi waktu tu je la...bila diingatkan balik terasa kelakar la pula kan..

Masa tu aku duduk asrama..sebelum masuk asrama mesti la kita akan beli macam2 barang keperluan kan..diantaranya Cik selipar ni..aku beli pun yang murah2 je...tapi pilihan aku biasanya yang ala2 comel2 sikit..bak kata orang biar murah asalkan bergaya kan..guna pun waktu ke tandas dan ke surau je...ok..bila dah pergi surau tu faham2 je la..letak selipar bersepah2..nak dipendekkan cerita sejak minggu first lagi kes hilang kasut dah berleluasa..kesian kawan2 yang beli selipar mahal2 tu kan..akhirnya balik bilik berkaki ayam...awal2 tu nasib aku baik lagi..tapi tak lama nasib baik aku tu..nasib tak berapa nak baik menanti di hari2 mendatang..aku pun jadi mangsa juga...menyinga aku..dalam hati dah menyumpah seranah dah...baru aku tau perasaan malu balik berkaki ayam...dah la jauh pulak tu..sedih betul..."selipar murah pun orang nak kebas..apa miskin sangat ke,kalau tak ada duit cakap terang2..nanti aku belikan" bebel aku masa tu.Member dorm aku gelakkan je.Jawapan diorang "tu la pasal apa kau beli selipar comel sangat." Hahahahaha..nasib member aku ni ada selipar lebih..pinjam la sementara..yang aku peliknya sepanjang aku pinjam selipar orang tak pernah pula hilang..musykil aku...time outing aku beli selipar baru..dan tak sampai seminggu hilang lagi..

Astaghfirullahalazim betapa SAKITNYA HATI..

Sampaikan aku menangis kat surau tu..punyalah sedih..walaupun murah..aku balik rumah aku beli lagi..aku cari yang tak comel punyer,aku siap beli spare tu,takut hilang lagi.Dan yang aku beli baru+tak comel+murah ni hilang lagi..sampaikan aku rasa nak buat sportcheck..tapi aku fikir "ekelehh selipar je pun,takyah la nak kecoh2" tapi hati aku kata " selipar pun..duit aku tu...kalau kumpul banyak2 orang ingat aku dah boleh buka kedai jual selipar,segan tau tak tauke kedai tu asyik tengok muka aku je borong selipar" akhirnya aku diamkan sampai sepanjang tahun tu je hampir 15 pasang selipar aku hilang..gilerr ke tak...sampai kawan aku ingat ntah2 secret admire aku yang curi kot..uishhh..pandai pula dia kan..taw je selipar aku yang mana satu..punya la banyak selipar tersadai kat situ tetap aku punya juga yang disapu..sampaikan dah lali dan hinggakan aku kena beli selipar senyap2 bila orangtua aku dah mula membebel bila aku asyik beli selipar je..

"apa ingat orang suka2 ke beli selipar ni..ingat orang nak buat koleksi ke" ayat yang pernah aku keluarkan bila tak tahan asyik kena bebel je.

Akhir sekali aku beli selipar yang paling cikai lepas tu aku lubang2kan..teruk betul rupanya..segan aku dah hilang dah.masa tu aku fikir kalau yang ni pun ada orang nak ambil taktau nk kata apa la..hasilnya..selipar buatan aku tu kekal dengan aku hingga ke hujung tahun..Alhamdulillah..

Jadi akhir kata kepada si pencilok2 selipar tu tolonglah fahami kepayahan kami ye..kalau tak mampu juga bagitau aku..seikhlas hati aku sedekahkan selipar..

Tiada ulasan: