Flower-flower kiterr

Rabu

Jahat Salah,Baik pun Salah...

Sedangkan Rasulullah yang sempurna itu pun ada yang tak suka padanya.Apatah lagi kita manusia biasa ni?

Well,setiap orang akan ada haters. tak kira kau buat baik.apatah lagi buruk.

Syaitan tu sentiasa bencikan benda baik. Sebab tu sama ada kita nampak benda baik tu buruk,or syaitan masukkan hasad dengki pada manusia sekaligus benci dengan apa kita buat. Sebab tu hati hati dengan apa kita buat , but if it’s the right thing,then just go for it.

Biar satu dunia benci, tapi Allah suka. tapi you know kan , if perkara tu memang betul. keluarga dan sahabat sebenar akan always be there for us . and if you have no one as in keluarga and sahabat tak senang dengan kau , means there’s something wrong with you .or what you’re doing is not right.

Sebelum tidur harus paksa diri ajar diri supaya muhasabah and buang segala negativity dalam diri supaya tidur dengan aman and bila bangun esok paginya inshaAllah positive lahir. Cuba jenis diri yang takkan maafkan orang lain and sentiasa fikir negative. nanti negative thoughts tu membiak. Payah.

Allah tu maha adil sangat & penyayang ya robbi. Walau dah tersilap macam mana pun dulu. selagi kau masih sedut oksigen , pintu taubat always terbuka. Allah maha pengampun.jangan judge by asking Allah nak ke maafkan or tak.just do it, just let go the bad thing and create something better.

Manusia always buat silap.tak lari. jadi kenapa nak merosakkan lagi apa yang telah rosak? Jangan biarkan kata kata celaka manusia stopkan diri untuk jadi lebih baik. Siapa tentukan kau layak ke tak, siapa yang tentukan kau ikhlas ke tak,siapa yang tentukan masuk syurga ke tidak? Allah.

Ingatan pada diri jangan terlalu nak puaskan hati semua orang. sebab bila buat perkara yang Allah suruh. orang puas hati ke tak. Itu ikut ajaran islam. So let the haters mundar mandir tak tentu arah benci tak tentu pasal. Sebab one day , diorang akan perasan , diorang yang bermasalah sebenarnya.Masalah hati , jauh dari tuhan. Syaitan jadi bos , nafsu kawal diri. Macam puppet.

Ya Allah,jauhkan lah kami dari segala maksiat , kejahatan,keburukan di dunia & akhirat. Amin,Wallahua’lam.

TIPS AGAR KEBAIKAN BERTERUSAN...

1. Jika anda menerima wang RM1, anggaplah 20 sen daripadanya bukan milik anda. Masukkan ke dalam tabung sedekah atau tabung peribadi anda yang dikhaskan untuk membantu orang lain.

2. Setiap hari, pastikan anda menghubungi seorang saudara, guru atau rakan lama untuk sentiasa menghidupkan silaturrahim walaupun cuma pesanan ringkas yang berbunyi : “SMS dihantar pengganti diri sebagai tanda ikatan ini masih bersemi dan dihargai selalu…”

3. Pegang prinsip hidup jangan marah. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan berkali-kali dalam sebuah hadis supaya jangan marah. Tanpa kemarahan, banyak perasaan yang akan terjaga. Bayangkan jika kita panas baran, banyak hati yang akan terluka dan ini pasti akan memudarkan sahsiah diri serta perhubungan sesama insan.

4. Jika melihat penjual makanan yang miskin, sedekahkan baki wang anda. Contohnya, jika harga pisang goreng 90 sen, anda beri RM1. Baki 10 sen itu disedekahkan kepada si penjual. Ingat,sedekah menolak pintu-pintu bencana.

5. Jika hendak makan, ambil sedikit makanan dahulu. Jika sedap, baru ditambah. Kalau awal-awal lagi sudah ambil banyak dan tidak habis, pasti akan dibuang dan menyebabkan pembaziran. Lebih malang, orang lain tidak sempat merasanya.

6. Selepas menggunakan tandas, pastikan ia bersih. Bayangkan jika anda meninggalkan sesuatu yang jijik, anda telah membuat orang lain marah, jelik dan mual.

7. Memakai pakaian yang di belakangnya tertulis ayat-ayat motivasi. Orang akan membacanya dengan ‘percuma’ dan anda juga mendapat pahala dengan mudah. Ia sangat berfaedah berbanding anda memakai baju yang mempunyai gambar kartun. Pakaian melambangkan peribadi. Biarlah pakaian tidak berjenama, asalkan menutup aurat dan menjadi “dakwah” bergerak.

- Aktifkan dirimu untuk sentiasa berbuat baik kerana Allah SWT.
- Pesan Saidina Ali R.A. “Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Jangan jadi orang yang jahat, bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”.

Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua...

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehinggabenar2 hancur, itu akan membantu proses
penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.

Advice my mother gave me when I started getting proposals....

Don't expect your marriage to be a bed of roses, everything is not always romantic and like being in the 

movies, you need to wake up and look around look at the real world.


Don't expect to get everything you had in your fathers home, because everyone's not the same. You might 

have had whatever you wanted here but once you get married, your husband might not be able to give it to 

you.

If he asks will you stay with my mum, don't shoot him down and say no, consider it as you love your parents

 and want your brothers to look after us, he's doing the same. By getting married don't expect him to leave 

his parents for you, if he does don't bother coming home you broke up one family and we did not bring you 

up this way.

When I married your father he had nothing, just a monthly salary of R50 and I came from a wealthy family,

 but we made do with everything that he had. Look at us today we are never short of anything.

So my daughter with sabr, and respect for your husband, not demanding things from him, Allah will give you 

happiness. Treat your extended family the way you would want your brothers extended family to treat us. 

Once you understand this you are ready for marriage and we as your parents will happily give you to some 

one who will love you, look after to, cherish you and most of all be happy with you.

Selasa

My Rotu Life (3)..Misi Mendaki Gunung Jerai..

AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh...(^_^)

Hai..Hai..Hai..kebiasaannya aku banyak post entry yang panjang berjela dan lebih banyak membebel kan..kali ini aku nak share sikit pengalaman aku dan geng-geng aku semasa mendaki Gunung Jerai tahun lepas..betul2 satu hari selepas hari jadi aku yang ke-20..kira hadiah dan pengalaman sekali gus la ni kan..first time ni..but seriously it's really great experience...jom tengok gambar-gambar yang sempat skuad aku snap sepanjang kami berada di sana..ikutkan banyak sangat..tapi takkan la aku nak letak semuanya kat sini kan..aku letak mana yang best-best je la ye..

rehat kejap ambil nafas..letih ooo..tapi still hepi bila nampak camera..


sepanjang pendakian kami..jalannya..perghh..ketar kaki..

skuad-skuad aku..kami kumpulan 1st yang dilepaskan..

nak lepas ke sebelah sana kena panjat batang pokok yang besar gedabak tu..

hadiah dari cik-cik pacat..kesian skuad aku yang sorang ni..

dah sampai ke puncak ni..tapi panorama yang belakang tu lagi menarik..cantik sangat3..

ambil gambar kenangan..semua kadet yang join expedisi..

makan malam..kambing bakar..!!

muka happy sebab nak balik dah..

gambar terakhir bersama Lftenan Muda Azri yang banyak tolong kami..

lastly..ni gambar "terpaksa"..selepas kena tangkap cuba melarikan diri dari bergambar beramai-ramai..tak pasal2..
that's our crazy + nice Kapten Shaiful..hihihi

Ok..sampai di sini sahaja..malas pula nak membebel banyak-banyak kali ni..non-stop pula nanti..maybe next time..insyaAllah..

Kelebihan Membaca Al-Mathurat

Assalamualaikum Warahmatullahibarakatuh...

Baiklah,hari ni aku tergerak untuk menceritakan serba-sedikit kelebihan membaca Al-Mathurat..sebenarnya dulu aku tak tahu sangat pun untuk apa kita baca Al-Mathurat tu..cuma adalah sewaktu sekolah menengah di Teknik dulu setiap kali lepas subuh seringkali aku terdengar suara preseiden Badar baca surah ni..dah jadi macam rutin..tapi sejujurnya aku tak berapa nak ambil kisah..sehinggalah aku aktif dalam usrah di Universiti..kakak Naqibah aku yang menghadiahkan setiap seorang dari ahli kumpulan kami sebuah buku kecil yang berwarna hijau..siap prepare buku catatan kecil untuk kami tandakan bila kami baca..pada mula aku terfikir.."isk..malasnya..bila masa pula la aku nak baca benda alah ni.."..tapi dah orang bagi..ambil je la..agak lama la juga Al-Mathurat tu aku selitkan dalam Al-Quran kecil aku..belum ada keinginan lagi nak menjenguk isinya..tapi entah macam mana suatu hari aku dapat hidayah nak menjenguk isi-isi yang tertulis dalam buku kecil tu.."ermm,baik aku cuba baca Al-Mathurat ni..ayat-ayatnya pun yang biasa aku baca..simple je ni.."sejak saat tu aku cuba seboleh mungkin untuk istiqomah baca pada waktu selepas Subuh dan Asar..lama-kelamaan bacaan aku semakin lancar berbanding pada waktu awal-awal dulu..rasa seperti ada yang kurang jika tak baca dalam 1 hari..but seriously it's not easy..dengan iman yang sentiasa turun naik..sehingga kini aku masih belajar untuk menjadikan ianya rutin..InsyaAllah..aku akan cuba untuk jadi lebih baik..sebab petunjuk dan hidayah ni milik Allah..

surah Al-isra' ayat 97:
" Dan barang siapa diberikan petunjuk oleh Allah,dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan penolong-penolongnya selain Dia................"

Kelebihan baca Al-Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Semoga bermanfaat...(^_^)

Isnin

Kisah Si Pengemis

Di suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang seorang pengemis yang lusuh serta lapar meminta makanan:

"Tolonglah tuan, sejak semalam saya tidak menjamah apa-apa". Dengan muka yang bengis si suami menghalau dan menengking si pengemis itu.

Si suami berkata dalam hati " Aku membina kekayaan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku". Si isteri ingin bersedekah tetapi tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya keranan tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian isterinya yang masih cantik itu berkahwin dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suaminya mengadap makanan, datang seorang pengemis mengetuk sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menerkup muka sambil menangis dan berkata si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulunya pernah menengking seorang pengemis.

Suaminya yang baru itu menjawab dengan tenang "Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan lupa pada insan yang tiada apa-apa. moga Allah redha. 

Temuduga Terbuka..Semua Wajib Hadir..

Terbuka kepada semua. Kerana semuanya layak.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN :
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara terbuka dan tanpa diduga bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat.Anda tidak perlu bawa wang atau harta yang banyak. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Cukuplah sekadar membawa Iman dan Amal 

PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda hanya perlu menunggu penjemput yang akan menjemput anda. Dia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja. Dia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

ANTARA TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

1-beriman kepada Allah SWT, RasulNya, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan.
2-membina masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT
3- berulang-alik pagi dan petang ke masjid untuk melakukan ibadat.
4-menjaga mulut dan kemaluannya.
5-menunaikan solat sunat 12 rakaat malam dan siang.
6-berjalan dengan tujuan menuntut ilmu Allah SWT.
7- menjawab azan dengan sempurna.
8-berwuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat sunat wuduk 2 rakaat, .
9-meredhai Allah SWT sebagi Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabinya .
10- tidak memilki sfat takabbur, melakukan perkara sia-sia dan tidak memilki hutang.
11-menziarahi pesakit, samada suadaranya, malaikat mendoakan kebaikan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari rumah pesakit yang diziarahinya.
12-Membenarkan agama Allah dan berjihad Di jalan Allah.
13_Menyebarkan keamanan, memberi makan kepada orang ramai, menghubung silaturrahim.
14-mendapatkan haji mabrur dan menjaga dari sebarang dosa diantara dua umrah.
15-bersedekah
16-menghafaz 99 nama Allah SWT

TIPS TAMBAHAN
Lakukanlah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah,dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T...

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Al Qur'anul Karim & Hadis atau gunakan nombor utama ini: 24434 dan untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483 

Kematian yang Menyeksakan Mustafa Kamal Ataturk

Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT. 

Kisah Pemuda,Janda dan Taqwa

Di sebuah kampung, ada seorang pemuda yang sangat miskin.Pemuda ini tidak mampu membeli makanan sehingga beberapa hari tidak makan. Dia tiada rumah dan menjadi 'tetamu tetap' di sebuah masjid di kampungnya kerana tempat tinggalnya memang di masjid.

Oleh kerana kebanyakan masa hariannya di masjid, dia seringkali mengikuti majlis-majlis ilmu di masjid itu; kuliah, tazkirah, ceramah dan apa-apa sahaja majlis ilmu di sana.Itulah keistimewaan pemuda ini. Walaupun miskin dan kelaparan, menghadiri majlis ilmu adalah rutin hidupnya.

Suatu hari pemuda ini berasa sangat lapar. Sungguh kasihan kerana dia tidak mampu membeli apa-apa makanan.Hampir mati akal dia memikirkan bagaimana ingin mengisi perutnya kerana dia benar-benar kelaparan. Sehinggalah terdetik di dalam hati...

"bagaimana jika aku menyelinap masuk ke rumah orang-orang kampung dan mencuri makanan mereka? Aduh! Aku merasakan benar-benar dalam keadaan darurat. Mungkin dalam keadaan darurat begini menjadi keringanan buatku untuk mencuri," pujuk hatinya ketika risau jika ia dalam keadaan berdosa.

Pemuda miskin ini nekad. Ditunggunya sampai hari semakin gelap dan dia mula bergerak perlahan-lahan ke sekitar kampung.Dipanjatnya dari bumbung ke bumbung yang lain demi mencari sesuap dua makanan. Akhirnya, setelah berusaha memanjat, sampailah dia ke sebuah rumah. Gelap. Sunyi.

"Ah, sudah tentu penghuninya tiada sekarang. Baik aku masuk!"

Dia pun dengan segera menyelinap masuk dengan harapan tekaannya benar.

Ya, dia memang benar kerana sungguh rumah tersebut tidak berpenghuni buat sementara waktu.Berbekalkan kesamaran cahaya dari celahan tingkap, pemuda ini menuju ke dapur dan terlihat sebuah periuk. Ketika membuka tudung periuk itu, dia terkejut.

Sebiji TERUNG!

Itu sahaja yang dijumpainya. Pemuda itu lantas mengambil terung tadi dan mula menggigitnya kerana benar-benar kelaparan walaupun ia hanya sebiji terung.

Setelah sekali menggigit, tiba-tiba dia tersentak.

"Ya Allah! Apakah yang aku sedang lakukan. Malu aku pada-Mu Tuhan! Mana mungkin aku mencuri harta orang lain sedangkan aku adalah orang yang yang menjadi tetamu di masjid, menjadi tetamu dalam majlis-majlis agama.

Tidak sepatutnya aku bertindak sebegini. Aku takut akan-Mu wahai Tuhan yang melihat segala tindak tandukku. Ampuni aku, aku amat takut akan balasan-Mu"

Sepantas kilat dia meletakkan semula terung yang telah selamat digigitnya sekali dan menyelinap keluar, hilang dalam kegelapan.

Esoknya...

Penduduk kampung mulai keluar masjid setelah tamatnya kuliah pada petang itu. Hanya beberapa orang yang masih di dalam masjid membaca Al-Quran.Seorang wanita masih berdiri di perkarangan dalam masjid dalam keadaan yang resah. Wanita tersebut pantas mendekati tok imam yang telah memberikan pengisian petang itu.

"Tok Imam, tolong bantu saya. Saya benar-benar buntu..." rayu wanita itu.

"Ya Allah, kenapa dengan kau wahai anakku. Ceritakanlah... jika aku boleh membantu, InsyaAllah aku akan membantumu."

"Aku ini seorang janda. Suamiku telah meninggal dunia," esakan mulai kedengaran.

"Beberapa hari lepas, aku telah diganggu oleh pemuda-pemuda kampung ini dan sungguh aku merasakan tidak selamat dan terasa terancam."

Tok Imam itu terdiam. Kerutan jelas di dahinya.

"Aku... aku ingin tok imam membantuku mencarikan seorang suami untukku kerana aku tidak ingin lagi terus diganggu oleh pemuda-pemuda di sini," ujarnya.

"Apa benar kau ingin aku membantu mu?" tanya imam tua tersebut. Wanita tersebut mengangguk.

Imam tua itu merenung ke sekeliling masjid. Lantas matanya terpaku pada pemuda miskin yang sedang bersandar di tepi tiang.

"Wahai pemuda, mahukah kamu ke mari?" Perlahan-lahan pemuda itu melangkah mendekati Tok Imam dan wanita tersebut.

"Sudikah kau mengahwini wanita ini?" pantas imam tua itu menyoal.

"Ya Allah, adakah ini hanya khayalanku? Aku ingin berkahwin, tapi percayalah, untuk membeli sebuku roti pun aku tidak mampu, apatah lagi untuk menanggung orang lain!" jujur pemuda itu menjawab.

"Usah khuatir wahai pemuda. Aku tidak perlukan hartamu. Aku sudah ada rumah yang arwah suamiku tinggalkan untukku. Aku tidak memerlukan hartamu. Aku hanya perlukan seorang lelaki yang boleh menjaga dan melindungiku dari ancaman luar," balas wanita tersebut.

Diam. Lama pemuda itu berfikir. Dia kemudian mengangguk perlahan.Setelah bernikah disaksikan beberapa tetamu masjid, tok imam itu berkata;

"Sekarang pulanglah kamu bersama suamimu ini. Semoga pernikahan ini mendapat keberkatan-Nya dan dapat menyelamatkan kamu daripada gangguan orang."

Setibanya di rumah, wanita itu terus bertanya kepada pemuda miskin yang telah selamat menjadi suaminya.

"Adakah kau ingin makan? Aku akan menyiapkannya untukmu, wahai suamiku."

Pemuda itu hanya mengangguk. Dalam fikirannya sekarang bukan tertumpu pada makanan (walaupun pada hakikatnya ia memang kelaparan) tetapi rumah wanita tersebut.Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah dia pernah berada di situ sebelumnya.

"Kenapa aku seperti mengenali rumah ini?" soalnya dalam hati sambil berkerut. Oh tidak! Jangan-jangan...

"Silalah makan dahulu," kata si wanita sambil menghidangkan sesuatu.

"Ya Allah... adakah aku bermimpi? Ini adalah terung yang telah ku gigit semalam. Ya Allah..apakah tandanya ini?"

"Maaf wahai suamiku. Aku hanya ada terung ini yang sempat ku rebus semalam. Aku terkejut kerana ia telah digigit. Pelik, siapa yang telah mengigitnya sedangkan tiada sesiapa di rumah ini sewaktu ku keluar," jelas wanita itu dalam kesayuan kerana tidak mampu menghidangkan yang terbaik untuk suaminya.

"Wahai isteriku. Mahukah kau mendengar suatu kisah? sebenarnya aku lah yang telah menyelinap masuk ke rumahmu semalam dan menggigit terung ini," akui pemuda itu ikhlas. Berubah wajah wanita itu.

"Maafkan aku. Semalam, aku sangat kelaparan. Sudah beberapa hari aku tidak makan dan aku tidak mampu untuk membeli apapun. Aku bertekad untuk mencuri makanan di luar. Ku fikir aku benar-benar dalam keadaan darurat. Namun, setelah selamat mengigitnya sekali, aku merasa benar-benar tersedar dan merasakan sangat takut kepada Allah yang menjadi saksi perbuatanku. Aku malu... aku takut akan azabnya atas kelalaianku. Maafkan aku," ujar pemuda itu sambil tertunduk menangis.

"Tidak mengapa suamiku. Aku sudah memaafkanmu. Akan tetapi ketahuilah bahawa aku benar-benar cemburu akanmu. Tahukah kau mengapa?" soalnya.

Pemuda itu berhenti menangis lalu merenung isterinya.

"kerana sifat TAQWA mu! Kerana takutkan Allah, kau berhenti daripada terus melakukan dosa dan berterus-terang padaku. Sekarang, tidakkah kau sedar? Kerana sifat TAQWA yang ada pada dirimu itu, Allah membalasnya semula bukan hanya dengan terung yang telah kau gigit semalam, tapi seluruh isi dalam rumah ini termasuk diriku kepadamu, telah menjadi milikmu secara halal. Tidak perlu lagi kau mencuri. Semuanya telah Allah hadiahkan semula kepadamu kerana KETAQWAANmu itu," ujar wanita itu sambil tersenyum. Pemuda miskin itu cepat-cepat bersujud tanda mensyukuri hadiah Allah kepadanya.

Sesungguhnya beruntung bagi orang-orang yang bertakwa kerana kasih sayang Allah yang berlipat ganda bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.

Firman Allah S.W.T Bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (Surah Al-Hasyr: 18)

Firman Allah S.W.T Bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka.” (Al A’raf: 201)

Wasiat Rasulullah S.A.W kepada Muadz bin Jabal Radi-Allahu anhu: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)

Dia Dikahwinkan dengan Bidadari Syurga

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..

Disebabkan hobi tegar aku adalah membaca..membaca di sini tidak hanya sekadar pada koleksi buku-buku aku yang berlambak tu tapi termasuklah artikel-artikel di mana-mana laman dan blog-blog yang bagi aku unik dan agak menarik..lagipun aku sangat suka baca kisah-kisah pada zaman Nabi ni..ye la..kebanyakkan yang pelik-pelik ni berlaku hanya pada zaman nabi..sebab zaman dulu kalau apa-apa semua Allah bayar CASH..zaman kita ni je masuk buku hutang..claim kat akhirat nanti..jadi..mungkin akan ada di antara entry2 aku lepas ni perkongsian dari artikel-artikel dan kisah-kisah yang aku baca..sebab ada setengah darinya tak pernah kita baca dan dengar..takkan la aku nak baca sorang-sorang kan..jadi aku nak kongsikan kat sini..moga bermaanfaat...(^_^)

*********************************************************************************


Suatu hari, datang Sa’ad bin Assulami kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh?” Lalu Rasulullah bersabda: “Tidak, demi Allah yang jiwa aku di tangannya selama kamu yakin kepada Tuhan kamu dan ajaran Rasul-Nya.”

Maka Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan kenabian. Saya mengucapkan kalimah syahadat kira-kira lapan bulan lalu dan saya datang ke sini untuk meminang orang yang ada di sini, tetapi semua mereka menolak kerana mengatakan saya ini hitam dan hodoh”. Sa’ad berkata lagi: “Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan yang baik iaitu suku Bani Sulaim, hodohnya saya adalah daripada keturunan ibu saya.”

Kemudian Rasulullah bertanya kepada yang hadir: “Adakah Amru bin Wahab yang baru masuk Islam daripada suku Tsaqief berada di sini?” Maka yang hadir berkata: “Tidak ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah bertanya kepada Sa’ad: “Adakah kamu mengetahui di mana rumahnya?” Sa’ad berkata: “Ya, saya tahu di mana rumahnya, ya Rasulullah.” Rasulullah berkata: “Pergilah kamu ketuk rumahnya perlahan-lahan kemudian kamu beri salam kepadanya. Apabila dia mengizinkan kamu masuk, maka katakan kepadanya bahawa Rasulullah mengahwinkan aku dengan puterinya.”

Amru mempunyai seorang puteri yang cantik dan cerdik iaitu Atiqah. Selepas Sa’ad tiba di rumah Amru, dia disambut dengan baik walaupun Amru tidak berapa senang dengan kedatangannya disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh. Amru semakin tidak senang apabila Sa’ad menyampaikan kata-kata Rasulullah. Dia menolaknya dengan cara kasar hingga menyebabkan Sa’ad keluar dan terus bertemu Rasulullah.

Selepas Sa’ad pergi, maka puterinya berkata: “Wahai ayah, carilah selamat sebelum turunnya wahyu membuka perbuatan kamu. Jika benar Rasulullah mengahwinkan aku dengan orang itu, maka aku terima dengan hati terbuka dan rela atas apa yang diredakan oleh Allah dan Rasul-Nya untukku.”

Maka pergilah Amru ke majlis Rasulullah dan dia ditegur oleh orang yang berada di situ: “Jadi kamulah orang yang menolak pinangan Rasulullah?” Amru berkata: “Ya benar, tetapi aku minta ampun kepada Allah kerana aku sangka dia berdusta. Apabila aku dapati dia benar maka aku terima dia dan sedia mengahwinkan dia dengan puteriku. Kami berlindung jangan sampai Allah dan RasulNya menjadi murka.”

Selepas itu, Sa’ad pun dikahwinkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Rasulullah memberitahu khabar itu kepadanya dan menyuruhnya pergi kepada isterinya. Lalu Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutuskan kamu sebagai nabi, saya sesungguhnya tidak ada wang dan saya terpaksa minta daripada saudara saya.”

Rasulullah berkata: “Mahar untuk isteri kamu ditanggung oleh tiga orang daripada kaum mukminin. Pergilah kamu kepada Usman bin Affan dan kamu akan terima sebanyak 200 dirham. Kemudian kamu pergi kepada Abdurrahman bin Auf, kamu akan mendapat 200 dirham dan kamu pergi kepada Ali bin Abi Talib, juga sebanyak 200 dirham.”

Maka Sa’ad pun pergi ke rumah Usman dan menerima lebih daripada yang disebut Rasulullah, kemudian kepada Abdurrahman, dia menerima lebih daripada 200 dirham dan akhir sekali ke rumah Ali, juga menerima lebih 200 dirham. Sebaik saja Sa’ad mendapat wang itu, dia pergi ke pasar untuk membeli buah tangan untuk isterinya, tetapi tiba-tiba dia mendengar suara yang mengatakan: “Hai kuda Allah, bergeraklah kamu!

Kemudian Sa’ad mendengar suara Rasulullah berkata: “Keluarlah kamu untuk berjihad! keluarlah untuk berjihad!” Maka Sa’ad memandang ke langit sambil berdoa: “Ya Allah, Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan kepada Muhammad maka akan aku gunakan wang ini untuk membeli sesuatu yang lebih disukai Allah dan Rasul.”

Sa’ad menggunakan wang itu untuk membeli kuda, pedang, tombak dan perisai lalu dia menguatkan ikatan serban serta pinggangnya. Dia memakai topi yang cuma kelihatan dua biji mata saja lalu dia berdiri tegak di barisan depan Muhajirin hingga semua orang bertanya kepada Ali. Maka Ali berkata: “Biarkan, mungkin dia dari Bahrain atau dari Syam dan mungkin dia datang untuk menanyakan agama sebab itu dia ingin mengorbankan diri untuk keselamatan kamu.”

Kemudian Sa’ad maju ke depan dengan menggunakan tombak dan pedangnya untuk memukul serta memenggal kepala orang kafir. Sa’ad berjuang hingga kudanya sendiri tidak kuat lagi, maka dia pun turun daripada kudanya, dia menyinsing lengannya maka dilihat oleh Rasulullah lengannya yang hitam, lalu Rasulullah berkata: “Adakah kamu Sa’ad?” Maka Sa’ad mengaku dan terus menghadapi musuh. Akhirnya beliau gugur sebagai syahid.

Sebaik saja Sa’ad gugur, Rasulullah segera mendapatkannya lalu mengangkat kepalanya dan diletakkan di atas pangkuan Baginda sambil mengusap tanah yang melekat di mukanya. Baginda bersabda: “Alangkah harum bau kamu, alangkah kasihnya Allah dan Rasul kepada kamu.” Rasulullah menangis dan kemudian tertawa, lalu Baginda memalingkan mukanya serta bersabda: “Kini dia sudah sampai di Haudh, demi Tuhan yang mempunyai Kaabah.”

Selepas Rasulullah berkata demikian maka Abu Lubabah bertanya: “Ya Rasulullah, apakah Haudh itu?” Maka Rasulullah pun menerangkan: “Haudh itu ialah telaga yang diberikan Allah kepadaku dan lebarnya ialah di antara Shan’aa Yaman hingga Busra, di tepi telaga dihiasi permata dan mutiara, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada madu, barang siapa yang minum sekali, maka dia tidak akan haus untuk selama-lamanya.”
Kemudian Rasulullah ditanya lagi: “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis dan kemudian ketawa dan terus berpaling muka daripadanya?” Lalu Rasulullah bersabda: “Aku menangis kerana rindu kepada Sa’ad dan aku tertawa kerana gembira melihat kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya. Aku berpaling daripadanya sebab aku melihat bakal isterinya yang terdiri daripada bidadari berebut-rebut untuk mendekatinya hingga terbuka betis mereka, maka aku pun memalingkan segera mukaku kerana malu.”
Kemudian Rasulullah pun menyuruh orang mengumpulkan pedang, tombak dan kuda Sa’ad untuk diserahkan kepada bakal isterinya yang sudah diakad nikah. Selepas itu, Rasulullah memberitahu Amru (mentua Sa’ad), “Sesungguhnya Allah mengahwinkan Sa’ad dengan bidadari yang lebih cantik daripada puteri kamu.”


Sabtu

Si Pengemis Muda..

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....

Hari ni nak update story yang berlaku semasa aku merayau-rayau di pekan klang tadi...sebenarnya aku dah boring tahap 7 petala langit dah ni,sebab tu rajin sangat nak keluar walaupun seorang diri..

Nak cerita sikit la dialog tadi sebelum keluar rumah pagi tadi...

"Mak Along nak keluar jalan2 kat klang kejap la mak..boring la" masa tu mak tengah sibuk baca surat khabar.
"Nak keluar dengan siapa?"
"Sorang la..senang sikit..orang nak jalan-jalan je..tak tau lagi nak beli apa"
"Tunggu mak la..mak nak ikut.."
"Eh,tak payah la mak...macam la orang tak biasa keluar sorang-sorang..lagipun panas ni..tak larat nanti nak ikut Along..banyak tempat Along pusing nanti.."
"laa..kata nak cari kain buat baju raya.."
"alaa..rilex la..awal lagi..nanti Along ushar2 dulu..nanti esok-esok kita keluar la lagi..ye2.."
"ermmm..ye la..baik-baik jalan tu..cuti-cuti ni ramai orang.."
"ok..ok..ok.."
"hah,kalau balik lewat telefon bagitau.."
"iyeeeeeeeeeeeee mak"

Dan aku pun cepat-cepat la bersiap..dah agak lama dah aku tak keluar ke klang rasanya..dan seperti biasa hero yang ada dalam rumah ni juga la yang aku paksa hantar aku sampai ke bus stop kat luar tu..boleh je kalau nak jalan keluar..tapi ambil masa lebih kurang 10 minit juga la..tapi disebabkan malas..aku paksa juga adik lelaki aku yang sorang ni hantar..jimat masa dan tenaga...hehehehe..maaf la ye dik..insyaAllah..akak nak bagi dapat pahala pagi2 ni..itu pun kalau ikhlas la..

Dah agak lama aku tak naik bas awam ni sebenarnya..lagipun aku tak berapa nak berkenan bila terpaksa berasak-asak dengan bangsa-bangsa asing yang bagi aku kadang-kadang agak mementingkan diri,buat aku rimas dan segan bila pandangan pelik mereka yang tak dapat aku tafsirkan..pernah juga terfikir..iskk..ramainya orang asing..rasa macam aku pula yang datang negara orang..tapi nak buat macam mana kan..Malaysia mengamalkan sikap terlalu terbuka..jadi redha je la..dalam hati terus berdoa semoga cepat la sampai ke tempat yang aku nak pergi ni..

Alhamdulillah...Lebih kurang 10-15 minit aku sampai ke pekan..kejap je kan..(^_^)

Destinasi pertama aku Bank Islam yang kat seberang jalan tu..nak kena lalu lorong laluan pejalan kaki kat bawah jambatan tu dulu..takkan nak lintas jalan raya besar tu..lagi aku tak berani..

Aku stop kejap depan tu sebelum masuk..ada 2-3 orang lelaki bangsa asing yang baru keluar dari lorong pejalan kaki dah asyik menjeling2 aku dari tadi..
"apa pandang2..cungkil biji mata tu kang..tak pasal2 jadi Kassim Selamat" hati aku membebel-bebel..
"isk..aku sorang ni seram la pulak nak lalu dalam tu.."
"ermm,rilex2..tarik nafas...tawakal..Allah kan sentiasa ada.." tiba-tiba ada satu suara memujuk..
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku berjalan masuk ke lorong yang bagi aku agak berisiko tu..laju je aku melangkah..tak toleh belakang dah..punya la cuak..

Tiba-tiba di pertengahan jalan lorong tu ada sesuatu yang menggamit hati aku untuk memperlahankan speed hayunan langkah aku...sesuatu yang jarang dan boleh dikatakan aku tak pernah nampak sepanjang 21 tahun aku hidup..

Seorang PENGEMIS WANITA MUDA YANG SEDANG SARAT MENGANDUNG & KANAK2 PEREMPUAN yang dalam lingkungan 2 tahun sedang duduk beralaskan kotak kat tepi lorong..dari pengamatan aku wanita tu mungkin dalam lingkungan 20an dah berketurunan melayu juga..Ya Allah..tak dapat aku nak tafsirkan apa yang sedang bermain dalam hati dan kotak fikiran aku waktu tu..teragak-agak sebenarnya aku nak beri sedekah..last2 aku teruskan perjalanan melepasi wanita tu..

Hati aku waktu dah rasa macam-macam,sedih sangat tengok keadaan kakak tu..lantas aku mengeluarkan handset dan menghantar sms kepada sahabat aku..harapnya boleh mengembalikan mood aku..

"Nak tanya pendapat sikit la..kau rasa kenapa orang yang sempurna fizikal nak jadi peminta sedekah ye..??"

Dan seperti yang dijangkakan jawapan sahabat aku yang sorang ni mesti takkan mengecewakan aku..sebab tu aku sayang dia..

"Bagi aku tak wajar la fizikal elok dan MAMPU untuk mencari rezeki jadi peminta sedekah.Allah pun tak suka orang yang tak berusaha..jadi cleaner pun tak apa..asalkan halal kan..kenapa ain??"

"erm,aku kat luar ni..jalan sorang-sorang..tengah lalu kat satu lorong tadi ternampak ada sorang perempuan pregnant dengan anak perempuan kecik duduk kat tepi lorong tu minta sedekah..tak tahu la nak rasa kesian ke apa..just banyak la benda terlintas kat kepala..rasa macam nak pergi intiview je..laki dia pergi mana??" Balas aku..

"Oooo..dia jadikan situasi dia macam tu kan..tapi kita tak boleh nak judge gak..maybe suami dia tinggalkan dia dan dia pun tak ada saudara mara ke..bersangka baik paling bagus..kalau kau nak beri sedekah biar atas niat nak menolong..aku rasa kalau dia jahat pun kau yang dapat pahala..insyaAllah.."

Astaghfirullahalazim..betul juga cakap sahabat aku ni..kenapa aku tak terfikir dari tadi..serius jawapan dia buat aku tersedar dan lega sangattttt...thanks a lot my dear friend..luv u..

Dah puas berjalan-jalan dan beli barang yang mana berkenan aku pun berkira-kira untuk balik..letih kaki dah ni..dan..lalu balik lorong tadi..dah tak cuak macam tadi sebabnya dalam hati cuma berharap kakak tadi tu ada lagi..

Alhamdulillah dia ada lagi..kelihatan dia tengah melayan anaknya yang sedang menangis..mungkin lapar dan mungkin juga bosan menanti rezeki mereka hari ini..rasa sayu kembali mengusik hati..aku pun berilah sikit sumbangan ikhlas setakat yg termampu..kali ni dah tak ada rasa was-was..dalam hati aku berdoa semoga kakak ni dapat kerja yang lebih baik lepas ni..kesian anak-anak dia..ucapan terima kasih kakak tu aku balas dengan senyuman ikhlas..

Dan aku pun melangkah meninggalkan lorong yang menggajar aku perkara baru hari ni..jangan terlalu cepat berburuk sangka..







Jumaat

My Darling Book Fair PWTC

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Disebabkan aku tak ada benda nak buat sekarang ni..jadi aku dengan senang hatinya nak berceloteh di sini..harap tak melalut dan merepeklah hendaknya..

Sebenarnya nak dijadikan cerita aku ada pergi ke Book Fair di PWTC baru-baru ni..tujuan utamanya mestilah nak beli buku..takkan nak beli ikan pula kat situ kan...ikutkan aku tak tahu menahu pun tentang book fair ni..tapi seminggu sebelum tu ada seorang skuad aku mention tentang book fair di PWTC..aku pun apa lagi..pantang dengar pesta buku..WAJIB untuk aku pergi ''menjenguk"..dalam 2-3 hari balik je dari perlis terus aku ajak Shikin pergi book fair..nak buat teman la kononya..

Dengan muka hitam selepas kena jemur di Melaka..aku tak peduli..book fair tetap book fair..transport utama nak ke PWTC dari rumah aku mestilah komuter..turun kat stesen Putra..masa pergi line clear je..alhamdulillah...tepat pukul 12 tengahari kitorang sampai depan PWTC..mula dari stesen ktm lagi dah beratur bas-bas dari pelbagai negeri dan sekolah..uisshh..tak sangka pula aku..rajin beno diorang ni nak datang dari jauh semata-mata nak ke book fair ni kan..dari kedah,johor,pahang semua ada..tapi aku tak jumpa lagi la kalau yang dari sabah,sarawak kan..wuallahualam...

Jejak ke pintu utama PWTC..aku dah tercegat di situ..dalam hati sempat lagi berfikir..nak masuk macam mana ni..aku nampak orang je..ramainya tak terkata..aku tak nampak buku langsung...tapi bukan senang aku nak jumpa book fair ni..ah,tak peduli..aku redah juga..dengan badan aku yang kecil ni sebenarnya lagi sukar untuk aku mencelah di kalangan manusia -manusia yang ramai tu..ye la..orang tak nampak kan..saat yang paling aku benci bila bersentuhan dengan yang bukan muhrim..arghh,,serius aku rasa nak mengamuk dan rasa nak tembak je mereka semua..tapi bila mengenangkan keadaan darurat ni takkan la aku nak ikutkan hati juga kan..sabar je la..siapa suruh kau datang..padan la muka..and the only one way that i can do is..cover my skin with my tudung labuh..alhamdulillah..sekurang-kurangnya ada sesetengah dari lelaki yang aku jumpa..mereka seperti agak menghormati dengan keadaan muslimah2 seperti kami..beri laluan..thanks a lot..aku suka sikap yang macam tu..saling menghormati..

Dan...misi utama ialah memborong buku..kawan aku pun dah order berjenis-jenis buku novel..jenuh aku nak mencari novel2 yang diorder tu..dengan keadaan yang ramai orang itu lagi la menyukarkan pergerakan aku..tapi aku kena berusaha juga untuk memenuhi kehendak kawan aku yang sorang ni..ye la..dia duduk perlis..susah untuk dia ke sini sendiri..cari punya cari..redah punya redah..alhamdulillah..dapat juga aku beli 10 buah dari buku yang diorder dan termasuk aku punyer sekali..tak tercabut tangan rasanya mengendong buku2 tu..ikutkan hati banyak je lagi yang aku nak borong..tapi sebab tak cukup tangan dah..kalau la boleh guna kaki..kan best...confirm aku tambah 10 buku lagi..agak banyak la duit yang aku perabihkan untuk buku2 tu..tapi entah kenapa bila bab buku je aku langsung tak rasa menyesal..malahan aku rasa nak tambah lagi je..ermm..tapi cukup2 la buat masa ni rasanya..

Dan..sempatlah juga aku ambil autograf penulis novel Faziela untuk novelnya Si Mangkuk Tingkat yang aku beli di booth Jemari Seni..(best juga ceritanya)..sempat bersalam lagi..dan aku sempat jumpa Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi..depan mata tu..comel je ustazah yang mudah tersenyum tu melayan kerenah2 peminatnya yang nak autograf dan bergambar dengannya..aku tak sempat nak buat apa-apa masa tu..tak cukup tangan dah..segan pula ramai sangat orang time tu..lagi pula aku nak kejar solat zohor yang dah lama masuk..insyaAllah..ada rezeki nanti boleh jumpa ustazah lagi..(sempat juga beli buku terbaru ustazah)..ustaz Don pun ada juga masa tu..artis bertudung,Yatt..dan ramai lagi yang aku tak berapa nak kenal..aku pun tengok sekilas macam tu je..

Kemuncaknya sewaktu nak balik..masyaAllah..keadaan di stesen KTM Putra pun dah sama macam keadaan dalam PWTC tadi..macam tak percaya je..berpusu-pusu..dan tak bergerak langsung..dengan hujan yang semakin lebat...dengan kedua-dua belah tangan aku yang rasa macam nak terputus urat..aku gagahkan juga diri..hampir sejam aku menanti..keadaan still sama..tiba-tiba aku dapat idea..alternatif yang terpantas sekali untuk keluar dari situ secepat mungkin..aku beli tiket ke KL sentral dulu dan dari situ baru aku beli tiket ke klang,dan hasilnya aku berjaya sampai ke rumah dengan selamat before manghrib..kenapa la kau tak terfikir dari awal kan..

Apa-apa pun kali ni aku dah berjaya menambah koleksi buku aku lagi..sampai dah tak ada ruang nak letak dah ni...dan ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus menambah koleksi buku-buku aku...hihihihihihi..







My Rotu Life (2)

Assalamulaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Dah agak lama aku tidak bercerita tentang dunia asykar aku ni kan..baiklah..hari dapat hidayah nak post sikit tentang latihan berterusan yang aku dan skuad aku dah join kat UiTM Lendu Melaka mula 22hb April-27 April hari tu..ini kira kali kedua aku menjejakkan kaki ke UiTM ni..first time masa Annual Camp Senior aku tahun lepas..tempat yang takkan aku dapat lupakan sampai bila2..kenangan Annual Camp yang tersangat menguji kewibawaan dan mental aku sebagai seorang pegawai kadet..serius kata jurulatih kami..training kami yang dah serupa "bawah Komando atas Para"..jurulatih yang ada pun kesian tengok kami kena belasah hampir setiap masa..berlari tu dah memang rutin wajib kami setiap hari..pt pagi berlari,before makan tengahari berlari,petang waktu riadah berlari, dan before kami dilepaskan untuk berehat waktu malam pun kena berlari juga..sejujurnya pada hari kedua di situ ada diantara kami yang hampir2 surrender..tapi hakikatnya kami berjaya juga menghabiskan latihan kami selama 3 minggu di situ..fitness kami masa tu jangan cakap la..hinggakan kami dah lali dan kebal dengan semua tu..macam tak percaya je bila difikir-fikirkan balik..

Di antara tempat yang pernah aku pergi..aku tersangatlah tidak suka keadaan di UiTM Melaka..sebab utamanya tersangatlah banyak bukit-bukit yang bergunung-ganang di sana sini..perghh..serius mental..cuaca panasnya sampai menggelupas dan terbakar kulit-kulit kami..tangga-tangga yang melebihi batu cave..semua ini memberi kapten yang in-charge kami pelbagai idea gilerr yang tujuannya boleh dikatakan untuk menyeksa kami..

Kalau bab injured tu jangan kata la..hampir setiap hari akan ada diantara kami yang dihantar ke medic..aku pun pernah melawat sick bay..sebabnya lutut aku terhentak dekat batu sewaktu kami disuruh croll dari atas bukit ke bawah..sekali aku silap landing laaa..sakitnya tak payah cakap la,sampai kena papah untuk berjalan,kebas habis pinggang2 aku..kesannya sampai sekarang..but..itu semua pengalaman..nak ngadu kat my bonda pun tak dapat apa..dah aku yang pilih jalan ni kan..

Tapi...
nasib baiklah la kali ni akviti kami hanyalah sekadar berkawad..bak kata orang kawad sampai mati..nasib tak mati betul2..RSM Mohammad yang sangat menggerunkan bila dia memulakan tazkirahnya tanpa henti sedangkan kami bediri di tengah panas terik sampai memegang senjata..cramp habis tangan dan kaki..menyumpah2 juga la dalam hati masa tu..saborrr je la..masa tu dalam fikiran aku.."aku rela berlari lagi dari kena jemur macam ni..serius rasa macam kena panggang di bawah mentari..ala-ala Bilal bin Rabah..

Dan..
Hasilnya..RSM berjaya menghitam legamkan muka kami semua tanpa terkecuali seorang pun daripada kami..geramnya....dah la muka aku ni antara yang paling senang nak burn dan paling susah nak cerah balik..fikir nak tauliah je ni..takper2 lepas tauliah je aku beli krim pencerahan yang betul2 power punyer..hehehehe

OK...tak sabar dah ni nak ke UMS..semua dah siap..tinggal nak flight je..UMS i'm coming..just wait for me..